Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Thursday, January 5, 2012

PKR Sedia Bincangkan Demo 901 Dengan Polis (Malaysia Kini)



PKR  menyatakan kesediaan parti itu untuk berbincang dengan pihak polis untuk memastikan perhimpunan Isnin depan berlangsung dalam keadaan aman dan teratur seperti yang dituntut semalam oleh  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan.

Justeru, katanya, sebarang usaha atau tindakan yang menafikan hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

“Oleh itu saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Azmin.

Sehubungan dengan itu, beliau juga menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia.

Azmin juga menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstrasi dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur.

“Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang.

“Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,” katanya lagi.

Sumber (Kopi Pasta): Malaysia Kini
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...