Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Tuesday, December 20, 2011

Tetap Produktif Walau Cacat Penglihatan (Sinar Harian)



Siapa sangka walau cacat penglihatan ia tidak membatasi pergerakan seorang warga emas dalam menjalani kehidupan sehariannya, malah lebih baik daripada manusia normal.
Kasim Hamzah, 65, lebih mesra dikenali Pak Kasim merupakan warga emas istimewa kerana dia mampu melakukan pelbagai kerja yang tidak ramai individu sepertinya mampu melakukan kerja-kerja terbabit.



Walaupun cacat penglihatan namun ianya tidak membatasi Pak Kasim melakukan pelbagai kerja seperti membajak sawah, membaiki peralatan elektrik, membaiki perabot dan menggantikan bumbung rumahnya.


Mula mempelajari penghasilan kraf tangan


Pak Kasim mula menghasilkan kraf tangan ini sejak 1972 sehingga sekarang.


 “Pakcik dapat pendedahan awal penghasilan kraf tangan di Rumah Kenangan Bedong dan menyambung kursus di Pulau Pinang.


“Pakcik selalu menerima tempahan seperti bakul, raga, bekas pensil dan pelbagai kraf tangan lain, tetapi kebiasaannya bakul yang mendapat sambutan daripada semua pembeli,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, dia bukan sahaja menghasilkan kraf tangan sebagai punca rezeki malah menerima tempahan membaiki kerusi rotan dan peralatan elektrik seperti radio dan beberapa alatan lain.


“Pakcik hilang penglihatan sejak berumur tiga tahun akibat sakit mata, tetapi orang tua dulu-dulu kan petua macam-macam, akhirnya terus tidak dapat melihat.


“Walaupun tidak dapat melihat, namun ianya tidak membatasi tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga cahaya mata, dengan hasil daripada kraf tangan saya menyara hidup sekeluarga,” katanya.


Kasim berkata, setakat ini dia tidak pernah putus menerima tempahan daripada pelanggannya yang datang dari Langkawi dan Pulau Pinang, kebanyakannya daripada hotel-hotel di sekitar kawasan itu.


“Pakcik juga mendapat bantuan daripada Industri Asas Tani (IAT). Mereka memberi bantuan dari segi pembinaan bengkel, selain itu dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.


Sahabat kagum kelebihan Pak Kasim


Sementara itu, sahabatnya, Johari Saad, 65, berkata, dia berasa kagum dengan ketabahan dan kegigihan sahabatnya dalam menjalani kehidupan sehariannya walaupun Pak Kasim tidak seperti insan biasa.


“Kalau kita menggunakan akal fikiran, bagaimana boleh seorang individu cacat penglihatan boleh melakukan pelbagai kerja, bagaimana dia boleh membajak sawah dan membaiki bumbung rumahnya yang rosak sedangkan dia tidak dapat melihat langsung.


“Saya berasa kagum dengan Pak Kasim kerana dia berjaya menjadi seorang yang lebih baik, kadang-kadang terfikir bagaimana Pak Kasim boleh menggunakan peralatan mesin untuk melakukan kerja-kerjanya,” katanya.


Johari berkata, sejak dulu lagi Pak Kasim merupakan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaannya, dia boleh melakukan apa sahaja tanpa bergantung terhadap orang lain.


“Bukan mudah untuk orang sepertinya melakukan kerja-kerja ini tapi dia berjaya membuktikan cacat penglihatan bukan penghalang atau alasan untuk malas bekerja ataupun melakukan sesuatu,” katanya.


Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...