Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Monday, December 19, 2011

Empat Anggota "Geng Pok Su Wa" Diburu (myMetro)


Sekadar Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya memberkas sepasangan adik beradik berumur 17 dan 21 tahun di Dusun Berliku Kampung La, Besut pada awal bulan lalu kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kereta di sekitar Terengganu dan Pahang.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata berikutan tangkapan itu, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai dicuri serta beberapa peralatan seperti gerudi, kunci pendua, gergaji dan peralatan lain untuk mencuri kereta.
"Ekoran penahanan dua beradik itu, pihak polis berjaya menemui tiga buah kereta curi dan turut menahan dua orang lelaki pembeli kereta curi berkenaan," kata Manoharan dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Berikutan itu, polis sedang memburu empat lagi suspek. Kesemua mereka yang berasal dari Kuala Terengganu dan Besut dan berumur antara 46 hingga 27 tahun itu merupakan ahli kumpulan "Pok Su Wa." Menurut Manoharan salah seorang suspek yang diburu merupakan bapa kepada dua beradik yang ditahan itu.

"Kita percaya ahli kumpulan ini sangat profesional dan ini berdasarkan modus operandi kumpulan ini dengan membuka kunci pada bonet kenderaan sebelum menghidupkan enjin kereta".

Katanya, kesemua kenderaan itu dipercayai dicuri untuk dijual di kawasan pendalaman atau sebagai alat ganti kenderaan.

Manahoran meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. -- BERNAMA

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...