Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Monday, December 19, 2011

Amanat Haji Hadi Punca Solat Berasingan (Berita Harian)


Masjid Kampung Padang Landak, Jertih yang masih dijadikan tempat solat berasingan oleh penyokong PAS


“Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan ‘Amanat Haji Hadi’ - Raja Ayub Raja Kecik, Bekas AJK PAS Besut


JERTIH: Tindakan penyokong PAS mendirikan solat berasingan termasuk solat Jumaat sehingga menyebabkan berlakunya solat dua masjid dalam satu kariah didakwa berpunca daripada 'Amanat Haji Hadi', yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Marang, hampir 30 tahun lalu.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Raja Ayub Raja Kecik, 59, mendakwa tidak ada pemimpin yang mampu menyelesaikan isu yang berlarutan agak lama itu kerana penyokong parti itu masih meneruskan solat secara berasingan di masjid milik PAS disebabkan terikat dengan amanat itu.


Katanya, jika Abdul Hadi tidak menarik balik amanat itu, masalah itu tidak boleh diselesaikan kerana penyokong tegar PAS tetap berpegang teguh dengan amanat berkenaan. “Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan ‘Amanat Haji Hadi’.

“Masalah itu masih berlaku di beberapa daerah Terengganu termasuk di Besut hanya boleh diselesaikan oleh Presiden PAS (Hadi) sendiri kerana kejadian itu berpunca daripada amanat beliau sendiri,” katanya.


Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...