Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Monday, December 19, 2011

Angau Mahu Jumpa Kekasih (myMetro)



Sekadar Gambar Hiasan

LABUAN: Gara-gara mahu bertemu kekasih di Semenanjung yang baru dikenali melalui laman sesawang Facebook, seorang gadis berusia 19 tahun bukan saja tidak mengendahkan tangisan ibunya, malah turut mencederakan beberapa anggota polis yang cuba menahannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan (LTAL), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, gadis terbabit dipercayai cuba melarikan diri ke Semenanjung untuk bertemu kekasihnya yang baru dikenali kira-kira dua bulan lalu, selepas hubungan mereka tidak direstui ibunya.

Sumber berkata, ibu gadis itu yang menyedari hasrat anaknya untuk bertemu kekasih di Semenanjung cuba menghalang, tetapi tidak berdaya menyebabkan wanita itu menangis sebelum ditinggalkan anaknya yang terus ke lapangan terbang.

Menurutnya, ibu gadis terbabit yang tidak berputus asa, kemudian nekad membuat laporan sebelum sepasukan polis bergegas ke lapangan terbang bagi mengesan gadis terbabit.

“Polis yang kemudian memperkenalkan diri cuba menahan gadis terbabit sebelum berlaku pergelutan beberapa minit dan gadis itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...