Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 7, 2012

Piala Sumbangsih - RapidKL Keluar Token Khas (Sinar Harian)



KUALA LUMPUR - Pengusaha perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) RapidKL, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) akan mengeluarkan semula token khas bagi perjalanan pergi balik sempena perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Menjangkakan kebanjiran kira-kira 30,000 peminat sukan bola sepak bagi menyaksikan perlawanan pembuka tirai Liga Super itu antara juara liga Kelantan dan juara Piala Malaysia Negeri Sembilan di stesen Bukit Jalil, Prasarana mengambil langkah menambah bilangan pekerja untuk menguruskan operasinya.

Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Rel Khairani Mohamed berkata token khas itu akan dijual di semua stesen LRT esok.

"Mereka yang mendapatkannya di mesin dinasihatkan membeli token khas agar tidak perlu beratur sekali lagi untuk perjalanan pulang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati peminat dari Lembah Klang agar membeli token khas dan memilih destinasi terakhir perjalanan mereka tanpa mengira sama ada mereka menaiki LRT ke Ampang atau Kelana Jaya.

Khairani juga menggalakkan penumpang menggunakan kad MyRapid yang akan lebih memudahkan perjalanan untuk semua.

"Berdasarkan pengalaman, kami boleh menjangkakan kehadiran besar-besaran bagi menyaksikan perlawanan itu. Jadi kepada mereka yang belum membeli kad

MyRapid, sila berbuat demikian sekarang dan nikmati perlawanan Sabtu ini tanpa perlu bersusah-payah," katanya. - BERNAMA

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...