Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Saturday, January 7, 2012

Adira, Hafiz Putus Akibat Ombak Rindu? (MyNewsHub)



KUALA LUMPUR – Genap setahun memadu kasih, kisah cinta pasangan artis Akademi Fantasia, Hafiz dan Adira akhirnya kecundang di tengah jalan.

Percintaan pasangan duet lagu Ombak Rindu ini dikatakan gagal mengenali hati budi masing-masing dan mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembangkan kerjaya seni mereka.

Untuk tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi di minda peminat masing-masing, kedua-dua artis ini mengeluarkan kenyataan yang mereka masih menjadi kawan baik dan selesa berkongsi masalah dan cerita bersama.

“Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu tetapi kami masih berkawan seperti biasa, cuma tidak rapat seperti sebelum ini.

“Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia kerana ianya terlalu peribadi untuk dikongsi dan untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu.

“Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan,” kata Hafiz di ruangan blog Beautifulnara.com.

Untuk pegangan diri Adira pula, dia tidak menolak kesibukan kerja menjadi salah satu punca perpisahan dalam hubungan cinta dengan Hafiz.

“Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah dan pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria.

“Jika suatu hari nanti, ada jodoh kami, saya terima dengan hati terbuka,”  kata Adira.

Tahun lalu, ketika Adira dilanda kontroversi tentang kisah dia menjalinkan hubungan sejenis, Juara Akademi Fantasia ke-7 ini, Hafiz tampil membuat kenyataan mereka sedang hangat bercinta dan usia hubungan mereka sudah menjangkau masuk lima bulan.

Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk medapatkan publisiti murahan, sebaliknya adalah untuk menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihak terhadap diri Adira.

“Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya,” jelas Hafiz.

Memandangkan hubungan cinta mereka tidak sampai setahun jagung dan putus ditengah jalan, keadaan ini mungkin akan menimbulkan kembali kontroversi tentang diri Adira.

Mungkin juga punca perpisahan mereka disebabkan ‘kekasih lama’ Adira muncul semula dan menagih kasihnya? -  Oleh NAIMAH SHAARI

Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...