Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 7, 2012

Ferguson Rancang Lamar Lampard (Utusan Malaysia)



LONDON - Alex Ferguson merancang membawa Frank Lampard, yang kini terdesak di Chelsea ke Manchester United.

Akhbar Sportsmail difahamkan Lampard tidak keberatan untuk berpindah ke Old Trafford.

Rentak United nyata terjejas dengan ketiadaan tonggak pemain tengah berwibawa berikutan persaraan Paul Scholes, selain turut dilanda krisis kecederaan.

Bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan kepada Manchester City dalam perebutan trofi Liga Perdana Inggeris, Lampard yang selama ini diminati Fergie, mungkin adalah jawapan kepada kepincangan tersebut.

Bagaimanapun, Ferguson harus memujuk dan menyakinkan Lembaga Pengarah United untuk pembelian Lampard yang kini berusia 33 tahun.

Ini disebabkan pada usia lanjut, Lampard yang sedang menikmati gaji lumayan 140,000 pound (RM683,000) di Stamford Bridge, tidak lagi mempunyai nilai jualan pada masa depan.

Satu lagi halangan buat Ferguson adalah cara memujuk Chelsea menjualkan pemain itu ke pasukan yang merupakan musuh ketat mereka.

Kontrak Lampard bersama Chelsea kini hanya berbaki 18 bulan dan Ferguson mungkin terdorong dengan laporan bahawa pemain itu tidak sehaluan dengan pengurus Andre Villas-Boas.

Lampard juga difahamkan berhasrat meninggalkan Stamford Bridge penghujung musim ini tetapi mahu terus beraksi di England.

Sebelum Lampard menyertai Chelsea dari West Ham pada 2001, Ferguson pernah bercadang membuat bidaan untuk merebut khidmatnya.

Pada 2005, Fergie dalam satu temuramah berkata: "Lampard ialah pemain yang mempunyai daya tarikan tersendiri." - AGENSI

Sumber (Kopi Pasta): Utusan Malaysia
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...