Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Monday, December 19, 2011

Najib Jangan Retorik, Hilang Undi Mahasiswa (Harakah Daily)


KUALA LUMPUR, 19 Dis: Golongan mahasiswa hari ini memberi kata dua kepada Datuk Seri Najib Razak sama ada berhenti beretorik untuk melakukan transformasi atau berdepan hilang undi mahasiswa.

Bercakap pada satu sidang media di ibu negara hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata, mereka telah muak dengan janji populis Najib selama ini yang dilihat tidak lebih sekadar mempermainkan rakyat.

"Kita beri kata dua kepada perdana menteri, jika tidak ada transformasi drastik, kita akan bergerak sama ada melalui undi pilihan raya atau ruang-ruang demokrasi lain yang ada," katanya.

Ianya termasuk janji pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun tetap digunakan menangkap 10 orang rakyat Sabah pada November lalu.

Selain itu, Najib juga cuba memperlihatkan retorik beliau apabila beliau sendiri mempertahan Bil Perhimpunan Aman 2011 biarpun didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Manakala yang terbaru hasrat untuk meminda sekseyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) namun pada masa sama kerajaan juga memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi merujuk semula keputusan Mahkamah Rayuan bahawa seksyen 15 Auku bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

"Hari ini kita hanya turunkan bendera (gambar PM), jika tidak ada perubahan drastik, tidak mustahil anak muda akan jatuhkan regim ini untuk diganti dengan kerajaan lebih baik," katanya.

Turut serta pada sidang media di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pagi tadi termasuklah mantan Pengerusi SMM, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Kata dua yang berbaur amaran itu dilontarkan dua hari selepas ratusan mahasiswa berarak di ibu negara menuntut kebebasan akademik Sabtu lalu yang turut menyaksikan bendera gambar Najib di hadapan ibu pejabat Umno diturunkan dan diganti dengan bendera kebebasan akademik selama beberapa minit.

Dalam perarakan itu dua memorandum turut diserahkan masing-masing kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.


Sumber (Kopi Pasta): Harakah Daily

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

4 comments:

Dominasi Lelaki said...

yup, memang sangat setuju, lebih2 lagi sekarang bukan mcam dlu.. jgn terkejut la & x mustahil jika PRU kali nie byk tmpat akan diambil pembangkang..heehheh..

One Sensei said...

Kerajaan patut lebih peka akan hal ini.

Dominasi Lelaki said...

tp klu diikutkan sekarang nie byk sngt problem yg berlaku..student pon boleh tahu dh mne yg betul & mne yg salah...

One Sensei said...

Betul tu. Pelajar zaman la ni lebih matang. Lebih rasional dalam berfikir.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...