Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Friday, January 6, 2012

Pondan Turut Sertai 'Bebaskan Anwar 901' (MyNewsHub)



KUALA LUMPUR – Golongan pondan dan pekerja seks akan turut menyertai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada Isnin depan?

Begitulah antara berita yang tersebar di dalam ruangan forum dan blog sejak akhir-akhir ini.

Dalam salah satu entry yang tersiar dalam blog Teruna Desa, turut disiarkan gambar pekerja seks di Chow Kit yang menyatakan hasrat mereka untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

” Apa salahnya kalau orang macam kami nak sertai perhimpunan itu, hina sangatkah?

” Lagipun kami merasakan kami dah lama terpinggir dan didiskriminasi, kami perlukan pembelaan seperti mana Datuk Seri Anwar perlukan pembelaan untuk dirinya,” kata Meliasa (bukan nama sebenar), salah seorang pekerja seks di dalam blog berkenaan.

Hari ini polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi kelonggaran kepada penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan di lokasi lain tetapi bukan di kawasan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

Sehingga semalam sebanyak 535 laporan polis dibuat di seluruh negara membantah perhimpunan anjuran PKR itu pada Isnin depan oleh pelbagai pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Anwar yang dipetik dalam The Malaysian Insider sebelum ini menyokong hak Seksualiti Merdeka untuk melahirkan pandangan pihak terbabit berkenaan isu yang diketengahkan

“Isu di sini bukan sama ada menyokong atau tidak menyokong. Isunya ialah anda menyerang mereka.

“Itu perkara yang berbeza. Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?” kata beliau baru-baru ini.

Sehubungan itu, Anwar berkata pihak berkuasa seharusnya melibatkan Seksualiti Merdeka dalam perbincangan jika mereka tidak bersetuju dengan matlamat program tersebut daripada menggunakan dasar-dasar yang ekstrem untuk menangani pergerakan hak asasi seksual.

Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...