Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, January 6, 2012

Hazama Sedia Hadapi Kontroversi (Utusan Malaysia)



Hanya Lelaki Ini mirip lagu Anuar Zain jadi single terbaru Hazama

MENDENGAR saja alunan indah lirik serta melodi, lagu Pokok, pasti sesiapa pun membayangkan penyanyi, Hazama yang tampil bersama kumpulan Meet Uncle Hussain.

Malah tidak keterlaluan dikatakan lagu Pokok sudah sedikit sebanyak mengangkat juara program realiti Akademi Fantasia-9 itu di kala ini sehingga menimbulkan tanda tanya adakah hanya sekadar lagu itu mampu diperjuangkan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini apatah lagi dia sudah menyandang gelaran pemenang.

Sangkaan yang timbul itu cepat disangkal penyanyi itu sebaik dihubungi HIP.

Katanya, ruang kerjaya seninya tidak pernah kosong, malahan jadualnya juga semakin lama semakin padat.

“Saya akui saya memang jarang keluar surat khabar atau majalah tetapi itu tidak bermakna kerja saya dalam bidang ini berakhir. Apabila tiada perkara mahu diceritakan, takkan saya mahu mereka cerita sensasi. Sebenarnya, jadual saya agak padat juga dari tahun lalu lagi. Tapi takkanlah nak bagi tahu media supaya siarkan semua aktiviti saya,” katanya sambil berseloroh.

Kata Hazama lagi yang ramah berbicara, kini dia sedang mengumpulkan bahan untuk menghasilkan album yang akan memuatkan lapan lagu.

“Album saya akan dikeluarkan pada Ogos nanti. Sekarang ada tiga lagu yang siap, iaitu Cinta Teragung, Simetri dan Hanya Lelaki Ini. Bagi lagu Hanya Lelaki Ini, single akan keluar pada Februari ini. Ia adalah sebuah lagu dan lirik sentuhan komposer Awi Rafael.

“Jika ditanya kenapa saya memilih dia sebagai komposer untuk lagu itu, ini adalah kerana saya mahu mencuba setiap komposer di negara ini dan dari situlah ia menjadi penanda aras untuk saya bergerak selepas ini,” jelasnya yang berpendapat, hasil sentuhan setiap komposer adalah berbeza dan dari situ juga dia boleh memilih kesesuaian untuk melahirkan album selepas ini.

Hazama berkata, kelahiran album yang masih belum dipilih judulnya itu boleh dianggap sebagai bahan eksperimen bagi memilih cabang muzik yang sesuai dengan imej dan nada suaranya.

“Genre dalam album ini juga pelbagai. Ada rock dan ada balada. Lagipun lagu belum siap sepenuhnya, mungkin ada genre lain yang akan muncul dalam album itu nanti.

“Apa yang pasti, saya mahu tampil berbeza dan mencuba pelbagai genre muzik. Setakat ini saya sudah bekerjasama dengan komposer berpengalaman seperti Datuk M Nasir dan Audi Mok.

Ini adalah gabungan antara komposer lama dan baru,” katanya sambil memberitahu baru selesai membuat persembahan di Konsert K-Pop di Seri Kembangan dengan mendendangkan lagu Pokok.

Berbicara berkenaan genre yang dirojakkan dalam album itu nanti, Hazama berkata, kerjasama dengan M Nasir menghasilkan lagu rock dan berharap langkahnya menyatukan kesemua komposer dalam satu album menjadi pencetus kejayaan untuk albumnya selepas ini.

Katanya lagi, tahun ini muncul sebagai tahun yang mengisi jadual padatnya dengan pelbagai aktiviti seni dan jemputan menyanyi dan rezeki yang hadir itu akan diambil semuanya.

“Saya positif untuk kerjaya saya. Kalau lima tahun lalu, saya menyanyi sekadar suka-suka, tetapi sejak tahun lalu, saya anggap nyanyian sebagai kerjaya dan periuk nasi saya. Tiada lagi nak main-main kerana serius menyanyi.

“Bukan mudah mencapai ke tahap ini. Saya sudah muncul dalam bidang ini sejak 2006 lagi tetapi rezeki saya agak lambat,” katanya yang memberitahu diberitahu pihak pengurusannya, Astro bahawa ada pihak yang sudah menawarkan dirinya menjadi pelakon.

Sumber (Kopi Pasta): Utusan Malaysia
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...