Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, January 6, 2012

Lady Gaga Mandi Darah (myMetro)

KEBIMBANGAN diganggu roh jahat dipercayai mendorong Lady Gaga memilih ritual sihir untuk menjaga keselamatannya.

LONDON: Sejak sekian lama dikenali dengan perangai pelik, rupa-rupanya ada lagi kejutan lebih besar Lady Gaga untuk peminatnya.

Terbaru, penyanyi Bad Romance itu didakwa menginap di bilik hotel di London dengan tab mandinya berlumuran darah.

Khabar angin mula terbesar luar di Internet dengan mendakwa penyanyi yang gemar berpakaian aneh itu mula melakukan ritual sihir.

Difahamkan, Lady Gaga, 25, mengambil jalan itu sebagai langkah menjaga keselamatannya daripada gangguan hantu.

Sementara itu, sumber berkata, kakitangan Hotel Intercontinental di London terkejut apabila mendapati tab mandi di bilik sewaan Lady Gaga dipenuhi darah.

Penemuan itu, kata sumber berkenaan, terdedah ketika kakitangan hotel berkenaan mengemas bilik Lady Gaga.

“Bagaimanapun, cecair merah yang didakwa darah itu belum dikenal pasti,” katanya.

Seorang kakitangan hotel mewah itu mendakwa, Lady Gaga “mandi darah” sebagai sebahagian daripada ritual ilmu hitamnya.

Menurut pekerja itu, Lady Gaga meninggalkan sejumlah besar darah ketika menginap di hotel berkenaan musim panas lalu.

“Insiden itu dimaklumkan kepada pekerja berkenaan dan dinasihatkan supaya jangan mengungkitnya lagi,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, Lady Gaga dipercayai takut diganggu roh jahat.

Ketakutan itu mendorong penyanyi terbabit menggunakan khidmat penyiasat paranormal untuk memeriksa setiap bilik yang bakal dihuninya.

“Dia membelanjakan �30,000 (RM146,110) untuk membeli meter pengesan medan elektromagnet sebagai langkah keselamatan,” katanya. - DM

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...