Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, January 13, 2012

Liverpool Belum Selamat

Pemain Manchester City, Mario Balotelli (tengah) diasak pemain Liverpool pada perlawanan Piala Liga di Stadium Etihad, semalam. - REUTERS


MANCHESTER - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish gembira dengan persembahan pasukannya namun enggan meramalkan peluang Liverpool akan menjadi lebih mudah pada perlawanan timbal balik kedua Piala Liga di padang sendiri.

"Pada babak kedua, selepas mendapat kelebihan satu gol, kami bertahan habis-habisan.

"Tidak banyak pasukan yang datang ke sini mampu pulang tanpa dibolosi, jadi ia adalah usaha yang cukup hebat daripada pasukan.

"Kami mungkin mendapat sedikit kelebihan dengan gol tersebut tetapi tiada sesiapa boleh bergembira atas keputusan ini. Kami harus profesional bagi menghadapi perlawanan berikutnya.

"Persembahan pasukan ternyata hebat ke atas sebuah pasukan yang sememangnya kuat tetapi kami tidak mahu menganggap kerja kami telah selesai, " katanya.

Gerrard muncul wira The Kops apabila menyudahkan penalti pada minit ke-13 selepas pertahanan City, Stefan Savic menjatuhkan Daniel Agger.

Dalglish, yang mengakui tidak nampak insiden kekasaran Johnson yang ditimbulkan Mancini, memuji persembahan Gerrard dan berharap dia dapat memberikan persembahan terbaik selepas pulih daripada kecederaan panjang.

"Gerrard boleh bermain lebih baik jika dia mampu menamatkan perlawanan. Dia bakal menunjukkan kehebatan jika semakin cergas dan semakin menarik apabila melihat dia kembali beraksi seperti biasa, " katanya.

Pemain tengah England itu bersetuju dengan pandangan pengurusnya dan berkata: ''Gembira dapat bermain, saya akhirnya kembali dapat rasai seperti pemain bola sepak.

"Saya melalui tahun yang sukar dan banyak perlawanan seperti ini saya telah terlepas, saya berusaha keras untuk berada di sini.

"Kami bertahan dengan baik dari bawah ke bahagian depan. Kami berdepan salah satu kuasa besar dalam dunia bola sepak pada masa kini," katanya. - AFP

Sumber (Kopi Pasta): Utusan Malaysia
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...