Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, January 13, 2012

Pesawat Terbesar Dunia Airbus A380 Mendarat di KLIA

KAPAL terbang Emirates Airbus A380 tiba di KLIA, Sepang, semalam.


Pesawat terbesar di dunia milik Emirates sedia 21 penerbangan ke Dubai 

EMIRATES melakar sejarah dalam industri penerbangan negara apabila muncul sebagai syarikat penerbangan pertama yang mendaratkan pesawat terbesar di dunia, Airbus A380 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Pesawat Emirates, EK346 yang mendarat di KLIA tepat jam 3 petang semalam, disambut dengan upacara tembakan meriam air oleh pengendali lapangan terbang KLIA, Malaysian Airports Holding Bhd (MAHB).

Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden Kanan Bahagian Operasi Komersial Timur Jauh dan Australasia Emirates, Richard Jewsbury, berkata penyediaan perkhidmatan menggunakan A380 di laluan Dubai-Kuala Lumpur adalah hasil kerjasama antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia. 

Susulan kerjasama yang terjalin sejak 1996, katanya, Emirates menyediakan 21 penerbangan seminggu tanpa henti menggunakan A380 ke KLIA. 

“Selain itu, Emirates turut membuat keputusan melakukan penerbangan harian ke Melbourne-Kuala Lumpur menggunakan A380. 

“Keputusan memperkenalkan perkhidmatan tanpa henti itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan permintaan daripada pelanggan untuk segmen perniagaan dan pelancong ke Malaysia,” katanya sebelum majlis menyambut ketibaan pesawat itu di KLIA, Sepang. 

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di KLIA sejurus ketibaannya. 

Pesawat A380 mampu membawa sehingga 500 penumpang yang dibahagikan kepada kelas pertama, perniagaan dan ekonomi. 

Keunikan pesawat itu adalah ia menyediakan lebih 1,200 siaran hiburan untuk semua kelas yang dikenali sebagai ICE (Maklumat, Komunikasi dan hiburan).

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...