Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, January 13, 2012

14,000 Belum Tunai Zakat: MAIJ

ZAINAL Abidin tiga dari kiri beramah mesra dengan penerima anugerah selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kakitangan MAIJ di Persada Johor Bahru, semalam.


Sasar kutip RM150j menerusi pelbagai kegiatan tingkat kesedaran orang ramai 

JOHOR BAHRU: Seramai 14,000 kakitangan awam layak dan wajib membayar zakat bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Rukun Islam ketiga tidak berbuat demikian.

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mendapati hanya 2,000 daripada keseluruhan 26,000 kakitangan awam di negeri ini sedar mengenai kepentingan dan kewajipan membayar zakat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata pihaknya akan mengesan kakitangan awam terbabit bagi memastikan mereka menunaikan kewajipan mereka.

“Setiap orang Islam wajib menunaikan zakat dan mereka perlu melunaskan seperti yang difardukan,” katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 302 kakitangan MAIJ bagi tempoh 2007-2009, di Persada Johor Bharu, di sini, semalam. Turut hadir, Penasihat MAIJ, Datuk Nooh Gadot.

Katanya, pihaknya menyasarkan RM150 juta kutipan zakat pada tahun ini dan bagi memenuhi sasaran itu, pihaknya akan melakukan pelbagai kegiatan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kewajipan menunaikan zakat.

“Kita akan mengadakan pelbagai kegiatan, termasuk ceramah, dakwah dan bantuan media massa bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang peranan zakat, Baitulmal dan wakaf,” katanya. 

Zainal Abidin berkata, pada masa ini pelbagai cara disediakan bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat, termasuk melalui kaunter pejabat dan e-debit, skim potongan gaji, kaunter bank, perbankan internet, kaunter pos, amil harta, amil korporat atau amil institusi.

Katanya, MAIJ merancang membantu golongan asnaf meningkatkan kemahiran bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber bantuan.

“Bilangan golongan asnaf semakin meningkat setiap tahun menyebabkan kita mahu mereka dilengkapi latihan dan kemahiran tertentu supaya tidak terus bergantung hidup kepada bantuan diterima setiap bulan,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...