Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 21, 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia


SHAH ALAM - Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.

Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.

Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.

Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.

Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan pagi esok.

Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.

Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien... Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"

Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.

Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas demam panas berpanjangan selama seminggu.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...