Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Wednesday, January 18, 2012

Air Asia X Terbang ke Sydney


SHAH ALAM - Sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan di atas sokongan, syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh Air Asia X, melancarkan tambang serendah RM199 bagi laluan sehala kelas ekonomi ke Sydney, Australia.

Dalam kenyataan medianya, Air Asia X kini mengembangkan rangkaian mereka terus ke Australia melalui pengenalan penerbangan ke Sydney dari Kuala Lumpur setiap hari bermula April dari pusatnya di Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith, Sydney.

Laluan Kuala Lumpur ke Sydney juga akan menyediakan akses kepada lebih 80 destinasi di 165 laluan Asia dan selebihnya.

Sydney menjadi destinasi keempat bagi Air Asia X selepas Gold Coast, Melbourne dan Perth.

Perkhidmatan baru itu diumumkan secara rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman-Rani di atas bumbung Muzium Seni Kontemporori (MCA) semalam sambil menghadap pemandangan panorama Harbour Sydney.

“Sejak empat tahun lalu, kami percaya ia bukan satu impian yang mustahil dan tidak pernah mengatakan ‘tidak’ sebagai jawapan.

Akhirnya, ia menjadi kenyataan dan kini kami berada di Sydney sekali gus menawarkan peluang kepada pelanggan merasai pengalaman melalui rangkaian yang semakin berkembang.

“Australia adalah pasaran utama bagi Air Asia X dan laluan ke Sydney telah lama menjadi keutamaan kami berikutan permintaan tinggi daripada pelancong seluruh dunia khususnya Asia,” katanya.

Azran berkata, matlamat mereka adalah menjadikan perjalanan antarabangsa mampu milik kepada semua orang dan kini pelanggan boleh menerokai Sydney melalui seluruh rangkaian berkembang Air Asia X pada harga berpatutan.

Katanya, penerbangan ke Sydney juga disediakan bagi tempahan dari Indonesia (Bali, Medan, Surabaya, Jakarta); Thailand (Bangkok, Phuket); Singapura; Vietnam (Ho Chi Minh City). Tempahan secara atas talian boleh dilakukan bermula jam 11 pagi semalam sehingga 22 Januari bagi tempoh perjalanan 1 April hingga 27 Oktober 2012.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...