Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Wednesday, January 18, 2012

Mahathir: Proton Tak Akan Hilang Status


KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd akan terus kekal sebagai syarikat pengeluar kereta nasional kerana ia dibeli oleh satu syarikat Malaysia, kata bekas Perdana Menteri dan Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Proton tidak akan kehilangan statusnya sebagai pengeluar kereta nasional.

Bercakap kepada pemberita selepas Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global di sini, Dr Mahathir berkata, beliau berharap perkembangan terbaharu ini akan menjadikannya lebih baik.

Kelmarin, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengumumkan penjualan 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd pada harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.

Harga itu mewakili premium 6.2 peratus berbanding harga saham Proton pada penutup dagangan di Bursa Malaysia pada Jumaat lalu, sebanyak RM5.18 sesaham.


Mengenai kemungkinan Proton dijadikan syarikat persendirian, Dr Mahathir berkata: "Jika kerajaan tidak membantu melalui langkah menyuntik dana ke dalam syarikat itu, saya rasa sektor swasta perlu menyuntik dana sendiri."

Mengulas mengenai cakap-cakap di pasaran oleh para penganalisis bahawa Proton tidak akan menjual Lotus, Dr Mahathir berkata: "Bagaimana mereka boleh mengetahuinya? Pemiliknya yang perlu membuat keputusan itu."

Katanya, langkah untuk menjual Lotus adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan oleh DRB-Hicom.

Mengenai kebimbangan yang disuarakan oleh Persatuan Peniaga Proton Edar (PEDA) berikutan pertukaran pengurusan Proton akan memberi kesan terhadap mereka, Dr Mahathir berkata, persatuan itu perlu berbincang dengan pengurusan baharu agar mereka tidak kerugian.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...