Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Wednesday, January 18, 2012

Duit Lebur Ditipu Broker Rumah


KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pemandu teksi mahu membelikan  anak sulongnya  sebuah kondominium lebur apabila duit deposit pembeliannya ditipu oleh  syarikat broker rumah.

Mangsa S.Vealanthan, 55 berkata,  dia bertemu wanita yang merupakan wakil syarikat itu  hujung tahun lalu selepas tertarik dengan iklan sebuah kondominium yang hendak dijual di Wangsa Maju.

Menurutnya dia ditawarkan untuk membeli kondominium itu dengan harga RM 255,000.

“Saya diminta untuk membayar deposit 3% daripada harga rumah iaitu dan saya menyerahkannya RM 7650. tunai,”katanya.

Katanya lagi, wanita itu kemudiannya berjanji untuk membantu saya mendapat pinjaman bank untuk membeli rumah dalam masa sebulan.

“Selepas sebulan dia gagal mengotakan  janji menyebabkan saya cuba untuk membuat permohonan pinjaman bank sendiri namun  bank membuat taksiran  pinjaman yang dibuat hanya  RM 200,000 sahaja,”katanya

Menurutnya untuk mendapatkan kepastian dia cuba mendapatkan tiga buah bank lain dan  pinjaman yang ditawarkan  masih sama.

“Wanita itu seperti tidak berpuas hati selepas saya memintanya menurunkan harga ke RM 200,000 dan memberitahu  perjanjian pembelian rumah itu sudah ditandatangani dan duit deposit dianggap ‘hangus’ jika saya tidak jadi membelinya,”katanya

Tidak berpuas hati dengan jawapan wanita itu, mangsa  kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...