Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Wednesday, December 21, 2011

Temubual Eksklusif SMM - Adam Adli Kemuncak Suara Kami (Sinar Harian)


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ditubuhkan pada tahun 2001 dan mula bergiat cergas pada tahun 2003 dengan membawa isu-isu mahasiswa. Antara kumpulan utama SMM ada­lah Kesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (KKPIM), Gabungan Maha­siswa Islam se-Malaysia (Gamis) dan Kelab Rakan Islam Malaysia (Karisma). Ikuti wawancara bersama Pengerusi SMM, Ahmad Shukri Abdul Razak, Sekretariatnya, Ahmad Shukri Kamaruddin dan jurucakap Gerakan Menuntut Kebe­basan Akademik (Bebas), Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMA­IN dan NOOR AZURA SHAHRIL mengupas isu seorang maha­siswa bernama Adam Adli Ab­dul Hamid menimbulkan kekeco­han apabila menurunkan bendera Perdana Menteri, baru-baru ini.

Sejauh mana kamu semua me­ngenali Adam Adli ini?


SMM: Apa yang saya tahu dia penun­tut tahun tiga di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memulakan sa­tu pergerakan mahasiswa yang dina­makan ‘Legasi Mahasiswa Pro­gresif’. Dia berasal dari Pulau Pinang dan tidak mempunyai sebarang rekod aktiviti sebelum ini. Dia hanya muncul dalam gerakan mahasiswa pada tahun 2010 iaitu pada pilihan raya kampus UPSI.

Bermula dari situ, gerakan ini kami lihat begitu aktif dan bergabung de­ngan Solidariti Mahasiswa Ma­laysia pada tahun itu juga. Dia juga hampir dikenakan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) selepas menyer­tai himpunan air anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Dia juga seorang mahasiswa yang vokal.

Apa sebenarnya berlaku pada hari itu sehingga terjadi insiden menurunkan bendera Perdana Menteri?

SMM: Kami menghantar satu memorandum kepada Timbalan Men­teri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ketika Saifuddin menyampaikan ucapan selepas menerima memorandum ini, Adam Adli bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak. Kami semua menyaksikan dia menurunkan bendera itu dan menaikkan bendera Kebebasan Akademik.
Tidak lama selepas itu mungkin dalam 10 hingga12 saat pengawal keselamatan PWTC menyedari dan menaikkan semula bendera Najib. Malam itu, kami dapat berita bahawa Adam Adli mendapat ugutan daripada banyak pihak.

Adakah tindakan Adam Adli ini dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

SMM: Dia buat sendiri, tiada pe­ngaruh daripada mana-mana pihak. Dia buat secara spontan.
Jika dia melakukannya secara spontan, kenapa pengaruh Pakatan Rakyat (PR) boleh dilihat dalam kejadian ini?
SMM: Pengaruh daripada mana-mana pihak memang tiada. Jika dakwaan yang mengatakan Adam Adli ini dipengaruhi kerana bukti gambar, maka dia juga ada gambar dengan menteri. Kenapa tidak dikeluarkan gambar-gambar ini juga?
Jadi dakwaan yang mengatakan kami dipengaruhi pihak itu adalah tidak benar dan propaganda semata-mata. Kami yakin dengan kemata­ngan rakyat yang menilai perkara ini.

Terus-terang saya katakan, adalah tidak bijak bagi PR mempengaruhi gerakan mahasiswa. Contohnya seperti isu melibatkan Kerajaan Negeri Kedah. Kami cukup vokal dan tiada bukti yang mengaitkan kami dengan PR. Malah, kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ‘segaris’ dengan perjuangan kita.

Kami juga masih ingat ketika Adam Adli dijemput Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan menyampaikan ucapan yang mengatakan mahasiswa tidak akan tunduk dan menjadi hamba kepada mana-mana parti politik. Itu adalah prinsip yang ditegaskan oleh Adam Adli. Jadi tidak timbul isu yang menyebut kami dipengaruhi PR. Jika Umno jemput pun kami datang.

Adakah kamu cuba menghalangnya menurunkan bendera?

SMM: Kami tidak jangka dia bertindak demikian kerana kami semua fokus kepada ucapan Saifuddin. Reaksi kami pada waktu itu hanyalah bertepuk tangan.

Apakah niat sebenar Adam Adli melakukannya dan risiko yang ba­kal dihadapi?

SMM: Apa yang penting Adam sebenarnya cuba menyampaikan ekspresi bahawa dia tidak suka dengan kepimpinan sedia ada atas alasan suka berdolak-dalih. Dia tahu risiko yang bakal dihadapi sebagai mahasiswa, jadi itu bukan tindakan yang senang untuk dibuat. Ia adalah satu tindakan yang serius untuk menggambarkan tahap kebosanan mahasiswa.

Ia juga boleh dikatakan sebagai satu ekspresi dan amaran ringkas kepada Perdana Menteri agar serius dalam soal yang dituntut mahasiswa.
Berikan contoh dolak-dalih Perdana Menteri yang dikatakan itu?

SMM: Contoh pertama adalah me­ngenai pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disebut tetapi Perdana Menteri tidak memberi respons 10 orang rakyat di Sabah yang ditahan baru-baru ini. Contoh kedua mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di mana Perdana Menteri tidak juga memberi respons. Contoh ketiga adalah mengenai isu UKM4 baru-baru ini yang jelas mengatakan Auku melanggar Perlembagaan, tetapi kerajaan bertegas mahu merayu dan pada masa sama mengatakan mahu meminda Auku. Kita boleh lihat pemimpin kita berdolak-dalih dan ia adalah retorik politik.

Sejauh mana perubahan atau kesan yang mungkin timbul selepas tindakan Adam Adli ini?

SMM: Sebelum menjawab perubahan yang bakal timbul, kita perlu menyemak semula tindakan sebelum ini. Kami sudah melakukan desakan secara lebih lembut. Contohnya pada 2008 kami menampilkan alternatif undang-undang yang kami beri nama ‘Magna Carta’. Undang-undang ini adalah cada­ngan mahasiswa yang kami masukkan dalam setiap peti surat Ahli Parlimen. Cadan­gannya adalah mansuhkan Auku dan Magna Carta sebagai ganti.
Kami berkeras dengan menghantar memorandum demi memorandum malah kami menyuarakan kesediaan untuk berbincang namun hingga ke hari ini tiada apa-apa yang dilakukan. Peliknya kami dipanggil untuk membincangkan isu lain yang langsung tiada kena me­ngena de­ngan cadangan mahasiswa ini. Apa yang Adam Adli buat ini adalah klimaks.

Bagi kami, apa yang dilakukan dan risiko diambil oleh Adam Adli, maka kami yakin ia akan memberi impak lebih besar kepada kesedaran rakyat dan keseluruhan mahasiswa.

Mengenai Magna Carta, bukankah Saifuddin sudah bersetuju mengadakan perbincangan meja bulat bersama pemimpin PR dan mahasiswa nanti, kenapa masih terus dan tidak menunggu perbinca­ngan ini?

SMM: Datuk Saifuddin diakui seorang pemimpin yang komited dalam isu ini, tetapi kami terkilan apabila beliau tidak menyentuh isu Magna Carta. Seolah-olah pada Sabtu lalu barulah beliau mengetahui Magna Carta sedangkan kami sudah memasukkan Magna Carta dalam setiap peti surat Ahli Parlimen pada 2008.

Soalnya sekarang kami tidak mahu lagi bincang mengenai pinda. Pinda ini hanyalah mengheret kepada keputusan yang tidak memberi impak besar kepada universiti dan mahasiswa. Pinda ini juga bukan bermaksud mahasiswa mahu berpolitik tetapi bagaimana mahu mengembalikan kuasa autonomi kepada universiti. Auku ini boleh diibaratkan memberi kuasa besar kepada menteri untuk menjajah universiti.

Jika tiada apa-apa berlaku selepas ini adakah kamu akan bertindak lebih agresif?

SMM: Kami nyatakan ada dua pilihan kepada Perdana Menteri, mansuhkan Auku dan akta-akta yang ‘sekufu’ serta pulangkan kuasa autonomi kepada pihak universiti atau mahasiswa akan terus mendesak menggunakan ruang demokrasi yang ada sama ada menggunakan pilihan raya atau saluran-saluran yang lain.

Kami juga mengeluarkan amaran kepada UPSI jika tindakan disip­lin dikenakan terhadap Adam Adli, kami tidak teragak-agak me­ngambil tindakan undang-undang. Selain itu, kami juga akan melancarkan mini revolusi jika UPSI mengenakan tindakan tidak wajar terhadapnya.

Adakah tindakan yang semakin agresif SMM sejak akhir-akhir ini disebabkan oleh semangat kebangkitan Arab?

SMM: Hampir semua revolusi yang berlaku di dunia ini dimulakan oleh mahasiswa, kita boleh tengok sejarah. Ada yang mengatakan kami meniru kebangkitan Arab baru-baru ini, sebenarnya tidak. Kami bangkit sebab alasan yang sama iaitu melawan kezaliman dan kerajaan yang tidak mahu berubah dan terus me­ngekang rakyat. Jadi sebab itu sebenarnya yang memberi impak sebuah revolusi.

Jika mengatakan kami meniru kebangkitan Arab maka ia adalah kenyataan salah, kami mula berdemonstrasi sejak 2008 lagi. Demonstrasi adalah elemen demokrasi. Kebang­kitan Arab itu hanyalah inspirasi revolusi kepada kami.

Apakah pandangan sebenar kamu mengenai Auku?

SMM: Bagi kami Auku ini sebenarnya membantu menjayakan sebuah revolusi kerana empangan yang menahan sungai yang besar akan pecah juga akhirnya. Mahasiswa ditekan macam mana pun tetap melawan.

Revolusi sering dikaitkan dengan darah, adakah kamu sedar tentang perkara ini?

SMM: Revolusi itu adalah jalan terakhir bagi kami, jika terpaksa kami akan gunakan. Setakat ini kami masih mempunyai jalan demokrasi yang masih boleh dioptimumkan antaranya pilihan raya dan banyak lagi cara lain seperti himpunan. Bagi kami revolusi besar masih belum perlu di negara ini kerana desakan demi desakan masih boleh diambil perhatian oleh Perdana Menteri.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

4 comments:

ridoma said...

Semangat mahasiswa ibarat air mengalir yg disekat namun tetap mengalir jua.

Lagi besar empangannya, maka lagi besarlah beban air takungan yg akan memecahkannya.

One Sensei said...

Hidup Barisan Revolusi Malaysia!

Anonymous said...

Bersetuju dengan pendapat mengenai kekangan ke atas mahasiswa. Jelas bahawa auku berfungsi untuk menghadkan suara mahasiswa agar pergerakan mereka kekal di bawah kerajaan sedia ada.

Anonymous said...

Perbezaan IQ antara Panglima Ludah dan Barisan Revolusi Mahasiswa sangat ketara selepas rakaman video masing-masing. LOL!

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...