Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Wednesday, December 21, 2011

Pemandu Lori Maut Ditetak (Sinar Harian)


MERU - Seorang pemandu lori tidak sempat menjamah sarapan pagi apabila dia secara tiba-tiba diserbu tiga lelaki bersenjatakan parang sebelum dia dikejar dan ditetak beberapa kali di anggota badan menyebabkannya maut selepas terjatuh dalam parit, di Jalan Haji Abdul Manan, Aman Perdana, pagi semalam.

Sekitar jam 9 pagi, mangsa dikenali N Moorthy, 25, dari Taman Seri Bayu, Karak, Pahang dalam perjalanan menghantar muatan kayu ke sebuah kilang di kawasan Aman Perdana.

Dia bagaimanapun terlebih dahulu singgah di sebuah restoran dipercayai untuk mengalas perut. Ketika ingin menjamah sarapan pagi, dia didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang yang terus menyerbu ke arahnya tanpa mempedulikan pelanggan lain yang turut sama sedang menikmati hidangan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa yang dipercayai mengenali ahli kumpulan terbabit segera melarikan diri dengan keluar dari restoran itu dipercayai khuatir dicederakan.

“Ketika sedang berlari, tiga lelaki terbabit turut sama mengejar dan sebaik menghampiri mangsa, dia ditetak beberapa kali hinggalah mangsa tidak terdaya lalu jatuh tersungkur ke dalam parit beberapa meter di hadapan restoran itu.

“Sebaik suspek mendapati mangsa sudah lemah dan nyawa-nyawa ikan, kesemua mereka melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Waja warna silver bersama seorang lagi rakan mereka yang menanti dalam kenderaan tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.

Menyedari keadaan yang menimpa mangsa, menurutnya, beberapa pelanggan yang berada dalam restoran itu segera memberikan bantuan lalu segera menghubungi Polis.

“Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Terdapat beberapa kesan tetakan di bahagian hadapan dan belakang kepala mangsa selain di tangan kanannya.

“Berdasarkan siasatan lanjut, polis percaya mangsa memang mengenali salah seorang suspek dan kejadian berlaku dipercayai atas faktor dendam dan cemburu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Shukor berkata, berdasarkan makluman awam kesemua suspek dipercayai berusia sekitar 21 hingga 25 tahun dan tidak menolak kemungkinan mangsa sudah diekori dari awal.

“Hingga kini kita masih mencari saksi yang melihat kejadian ini berlaku. Justeru itu, saya minta mereka tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Sungai Kapar Indah bagi membantu siasatan,” katanya kepada media di lokasi kejadian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...