Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Thursday, December 22, 2011

Info Pergerakan Mahasiswa Serah Memorandum (Sinar Harian)


Rentetan daripada perarakan mahasiswa Sabtu lalu, Sinar Harian memaparkan info pergerakkan mereka sebelum ia bermula hingga bersurai.


1. Sekitar jam 1 tengahari hampir 300 orang mahasiswa daripada  Solidariti Anak Muda (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), dan Legasi Mahasiswa Agresif (LMA) telah berkumpul dihadapan Masjid Jamek.

2. Kumpulan mahasiswa ini mula bergerak menuju ke Jalan Raja Laut kemudian mereka berhenti di hadapan pusat membeli belah Sogo. Menurut sumber, Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang@Talib telah menggunakan pembesar suara memanggil dan mengajak orang ramai di pusat membeli belah itu berarak bersama-sama mereka.

3. Perarakkan itu diteruskan dan mereka berhenti di Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Di hadapan bangunan Maju Junction, mereka kemudian duduk memegang kain rentang dan melaung desakan supaya mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan akademik. 10 minit kemudian kelihatan Pesuruhjaya Suhakam, Shaani Abdullah menerima memorandum itu.

4. Kumpulan mahasiswa ini meneruskan perararakkan mereka sambil melaungkan beberapa kata-kata seperti ‘Student Power!’, ‘Anak muda sudah bangkit!’, ‘Mahasiswa sudah bangkit!’, ‘Mansuh AUKU’.

5. Kelihatan Adam Adli,22, antara yang mendahului perarakkan BEBAS ini.

6. Kumpulan ini meneruskan perararakkan mereka ke Banggunan Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

7. Datuk Saifuddin Abdullah menerima memorandum itu dihadapan Banggunan Datuk Onn dan memberikan ucapan ringkas menggunakan pembesar suara.

8. Selang beberapa minit kemudian, seorang mahasiswa, Adam Adli, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak berani dengan menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan digantikan dengan bendera ‘Academic Freedom’. Tindakan itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...