Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, December 22, 2011

Rindu Sentuhan Misbun (myMetro)

MERIAH...Chong Wei bergambar bersama peminat di Shah Alam, semalam.

TIDAK sampai 10 hari genaplah setahun ‘sifu’ Datuk Misbun Sidek meletakkan jawatan serta meninggalkan anak didiknya Datuk Lee Chong Wei dan pemain nombor satu dunia ini mula menagih panduan daripada jurulatih itu ketika bahang Sukan Olimpik 2012 London semakin dirasai.
Chong Wei, 29, ditemui selepas dilantik Duta Produk Cafe 99 Ipoh White Coffee di Glenmarie, Shah Alam semalam tidak menafikan dia memerlukan Misbun yang berjaya mengubah nasibnya daripada sering tewas kepada mana-mana pemain China ketika di bawah Li Mao kepada pemain digeruni.


“Saya sedia untuk berlatih dengan Misbun tapi bukan saya yang buat keputusan. Saya bukan pemain profesional seperti Taufik Hidayat (Indonesia) yang bebas menentukan siapa jurulatihnya. Saya terikat dengan arahan Persatuan Badminton Malaysia (BAM),” kata Chong Wei yang membatalkan cuti rehat demi melakukan persiapan terbaik ke Olimpik yang tinggal hanya lapan bulan.

“Sebagai pemain, saya tidak kisah siapa menjadi jurulatih selagi mampu menaikkan taraf permainan saya, malah jika perlu kembali kepada Li Mao, saya sedia menerimanya.” Persoalan mengenai Misbun melatih semula Chong Wei timbul selepas pemain nombor satu dunia itu mengalami kekalahan terbaru kepada pemain nombor dua China, Chen Long di Siri Super Final minggu lalu.


Daripada empat pertemuan terakhir Chong Wei-Chen Long, pemain harapan negara itu tewas tiga kali namun masih mempunyai kelebihan rekod pertemuan 5-4.


Misbun pernah melatih Chong Wei sehingga pemain itu mara ke final Terbuka Malaysia 2003 yang menyaksikannya tewas kepada Chen Hong (China) ketika sistem 15 mata.

Selepas itu Chong Wei diletakkan di bawah Li Mao pada 2005-2007 yang menyaksikan pemain itu mendekati takhta nombor satu dunia tetapi badi kekalahan kepada pemain China semakin menebal.


Bagaimanapun Misbun yang mula melatih Chong Wei selepas ditinggalkan Li Mao juga tidak bertahan lama apabila menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM pada 31 Disember 2010.

Dalam pada itu, Chong Wei mendapat laluan mudah di Terbuka Korea 1-8 Januari depan untuk merampas semula gelaran yang dimenanginya pada 2010.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

2 comments:

eddy syrol said...

siapalah bakal pengganti chong wei nanti kan...huhuhuhu

One Sensei said...

Mungkinkah ada yg akan dpt mengganti beliau?

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...