Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 14, 2012

SBPA: Panel Khas Diberi 2 Bulan Buat Usul



SHAH ALAM - Kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas bagi menyemak semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang pelaksanaannya mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan majoriti kakitangan awam.

Pasukan itu yang akan diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberi dua bulan untuk membuat semakan.

Mengumumkan perkara itu petang ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pasukan tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

Katanya, pasukan khas itu ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.

Sehubungan itu kata Sidek, isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh satu bulan, mulai hari ini sehingga 15 Februari 2012 kepada YBhg. Datuk Farida Mohd Ali,

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Aras 13, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA atau menggunakan alamat e-mel: farida.sbpa@jpa.gov.my.

Katanya, Pasukan  Petugas  diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada kerajaan.

Jelas beliau, bagi mereka yang telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.

"Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat," katanya lagi.

Tambah beliau, kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan skim SBPA akan disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.

Beliau berkata Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya kelmarin memutuskan supaya pelaksanaan SBPA disemak semula.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...