Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 14, 2012

AirAsia X Henti Laluan, MAS Bakal Raih Faedah



KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) bakal meraih faedah daripada keputusan yang dibuat syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X, untuk menghentikan perkhidmatannya ke Mumbai, New Delhi, London dan Paris.

Dalam nota penyelidikannya, OSK Research Sdn Bhd berkata penarikan laluan berkenaan akan menjadi positif kepada MAS.

“Persaingan daripada satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah telah tiada, oleh itu ia membolehkan syarikat penerbangan nasional meningkatkan pendapatan,” katanya.

Laporan akhbar pada Khamis menyebut laluan itu mencatatkan kerugian sejak diperkenalkan.

Laluan Kuala Lumpur-London rugi RM56.9 juta, laluan KL-Paris RM43.5 juta manakala laluan KL-Delhi dan KL-Mumbai mencatatkan kerugian masing-masing RM29.1 juta dan RM21.3 juta.

OSK bagaimanapun berkata, MAS akan terus berdepan dengan persaingan sengit daripada syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang terus menawarkan tambang menarik yang kompetitif, walaupun MAS mempunyai kelebihan menawarkan penerbangan terus ke United Kingdom (UK).

“Untuk tempoh terkini, pembatalan penerbangan dan pembayaran balik juga akan merangsang faktor muatan AirAsia tahun ini setelah pengguna memilih laluan lain,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...