Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 14, 2012

Sarawak Bersedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir



KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- Sarawak kini diletakkan dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi banjir gelombang kedua bermula bulan ini hingga April akan datang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata berdasarkan kepada pengalaman lalu, Sarawak biasanya menerima taburan hujan yang tinggi sehingga April dan kawasan rendah kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk berhadapan banjir.

"Keadaan sukar diramal dan berdasarkan pengalaman lalu, kita biasanya menerima taburan hujan tinggi pada bulan Januari hingga April," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan Petronas berjumlah RM50,000 untuk Tabung Bantuan Bencana Negeri.

Jabu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Bencana Negeri, berkata kerajaan negeri telah memohon tambahan bot daripada Majlis Keselamatan Negara kerana 20 buah bot termasuk enjin sangkut 40 kuasa kuda yang diluluskan tidak mencukupi jika berlaku banjir besar di negeri ini.

Sarawak telah memohon tambahan 44 buah bot dan enjin untuk ditempatkan di beberapa kawasan strategik termasuk di kawasan pedalaman dan hulu sungai yang sukar dihubungi menggunakan jalan darat, katanya.

Mengenai bantuan kepada mangsa banjir, Jabu berkata kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengenal pasti mangsa yang layak untuk mendapat bantuan ganti rugi.

"Kita juga akan mengajukan cadangan kepada agensi berkaitan untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban termasuk seorang yang masih hilang pada kejadian banjir kilat di Kuching 5 Jan lalu," katanya.

-- BERNAMA
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...