Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 14, 2012

Chong Wei Ketuai Kelayakan



JAGUH perseorangan Datuk Lee Chong Wei akan mengetuai pasukan negara ke pusingan kelayakan Piala Thomas dan Piala Uber di Macau pada 13 hingga 19 Februari ini.

Turut disenaraikan dalam pasukan Piala Thomas negara ialah Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd Arif Latif manakala pemain beregu ialah Tan Boon Heong, Koo Kien Keat, Goh V Shem, Lim Khim Wah, Hoon Thien How dan Toe Kok Siang.

Bagi Piala Uber, pasukan wanita negara negara dibarisi pemain perseorangan Tee Ji Ying, Lydia Cheah, Sonia Cheah dan Sannnatasah Saniru manakala beregu diwakili Chin Ee Hui, Wong Pei Tty, Woon Khe Wei, Vivian Hoo, Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, senarai pemilihan itu diputuskan pada mesyuarat exco badan induk itu di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.

Pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber akan diadakan di Wuhan, China pada 20 hingga 27 Mei depan.

Kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas ialah pada 1992.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...