Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Thursday, January 19, 2012

Warga Afrika Patah Kaki Jatuh Siling


JOHOR BAHRU 18 Dis. - Cubaan seorang lelaki warga Nigeria untuk meloloskan diri dalam operasi Jabatan Imigresen berakhir dengan suspek patah kaki kiri akibat terjatuh dari siling semalam.

Suspek berusia 28 tahun itu antara tiga warga Afrika yang dicekup pihak berkuasa negeri ini dalam tiga operasi berasingan bermula pukul 4 petang.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Mohamad Nasir Abas berkata, suspek ditahan semasa serbuan ketiga di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Anggerik 41, Taman Johor Jaya, pukul 6.25 petang.

"Lokasi berkenaan pernah diserbu oleh pihak berkuasa minggu lalu, namun hanya seorang suspek diberkas dan tiga lagi melarikan diri dengan memanjat bumbung dan siling rumah kedai berkenaan. Kali ini kita ke lokasi yang sama untuk memberkas saki-baki mereka.

"Ketika serbuan, bilik yang dihuni lelaki itu berkunci dan suspek ditemui menyorok di belakang almari selepas dipercayai terjatuh dari siling ketika cuba untuk menyelamatkan diri.

"Pemeriksaan kemudian mendapati suspek tidak mampu berjalan dan mengalami kesukaran untuk berdiri," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 Akta 155 kerana kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Katanya, dalam serbuan pertama di sebuah rumah pangsapuri di Larkin Perdana, pukul 4 petang, seorang lelaki warga Nigeria berusia 30-an ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Serbuan kedua pula dilakukan di sebuah rumah di Jalan Anggerik 53, Taman Johor Jaya, pukul 5.53 petang dan pihak kami terpaksa memotong kunci pagar rumah berkenaan yang didiami seorang lelaki Afrika.

"Suspek berusia 30 tahun itu kemudian ditahan mengikut Seksyen 56 (1)(I) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana memiliki cop palsu pada paspotnya," katanya.

Mohamad Nasir berkata, kesemua suspek dibawa ke Depot Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan lanjut.

Sumber (Kopi Pasta): Utusan Malaysia
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...