Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 19, 2012

Suntikan Semangat Buat Skuad Rapuh


KUALA LUMPUR – “Saya akan cuba yang terdaya dan sehabis mungkin untuk membantu Malaysia melepasi kelayakan Piala Thomas,’’ tegas jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang mengakui pasukan negara tampil dengan kekuatan yang rapuh pada saingan kelayakan di Macau, bulan depan.

Biarpun fokus utamanya tetap kepada misi memburu pingat emas Sukan Olimpik, namun survival Piala Thomas juga amat penting buat Malaysia kerana kegagalan kita melayakkan diri ke kejohanan berpasukan berprestij itu buat kali pertama akan dianggap ‘malapetaka’ buat badminton negara.

Sambil menyeru rakan-rakan sepasukan yang lain juga memberikan yang terbaik buat Malaysia sepanjang kejohanan di Macau, 14-19 Februari itu, Chong Wei berharap kita tidak perlu menempa sejarah hitam, sebaliknya melangkah ke pusingan akhir di Wuhan, China Mei ini.

“Saya akui kita tidak mempunyai pasukan yang kuat kali ini tetapi sebagai pemain utama negara, saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab saya dengan sebaiknya dan mengutip mata buat Malaysia dalam setiap perlawanan.

“Saya berharap pemain-pemain muda seperti Liew Daren dan Mohd. Arif Abdul Latif akan menunjukkan impak, malah beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Beong akan kembali meraih keyakinan mereka.

“Sudah tentu kami akan memberikan yang sehabis mungkin untuk melayakkan diri ke pusingan akhir,’’ katanya pada pelancaran buku autobiografi beliau Dare to be a Champion di sini, semalam.

Skuad negara pada Piala Thomas kali ini dianggap paling lemah dalam sejarah badminton negara, situasi yang meletakkan kita dalam risiko gagal melayakkan diri ke pusingan akhir buat kali pertama sejak format baru kejohanan ditukar pada 1984.

Ketiadaan pemain-pemain muda yang berkaliber turut mendorong Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memanggil semula bekas pemain kebangsaan, Muhammad Hafiz Hashim untuk menguatkan cabaran negara, selain Daren dan Arif.

Kien Keat-Boon Heong akan mengetuai cabaran beregu, sekali pun mereka sendiri bergelut dengan prestasi. Turut disenarai badan badminton itu adalah pasangan muda, Lim Kim Wah-Goh V Shem, Hoon Thien How dan Teo Kok Siang.

Meskipun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran mengerah kudrat Chong Wei pada Piala Thomas sedangkan kita langsung tiada peluang untuk menang, persoalannya, apakah BAM rela membenarkan ‘malapetaka’ itu berlaku tanpa langsung berusaha untuk mengelaknya ?.

Sekurang-kurangnya, kita menghantar pasukan terbaik untuk memastikan Malaysia layak ke China. Apa akan berlaku selepas itu, badan badminton tersebut mempunyai masa untuk memikirkan tindakan paling wajar untuk diambil.

“Sekarang kita tiada banyak masa untuk menyiapkan pasukan. Semua pemain kena bersatu dan berusaha untuk membantu Malaysia melepasi saat genting layak ke pusingan akhir. Selepas tamat cabaran di Macau dan jika layak, baru kita ada tempoh yang lebih panjang untuk memikirkan apakah tindakan terbaik yang perlu diambil.

“Sebagai seorang pemain, saya rasa ini sebahagian tanggungjawab saya untuk membantu negara. Saya percaya, semua pemain yang dipilih juga mengambil tanggungjawab itu dan akan memberi yang sehabis daya untuk membantu Malaysia,’’ ujar Hafiz pula.

Sementara itu Chong Wei, 29, mengakui, kejayaan merangkul dua kejuaraan berturut-turut, Siri Super Premier Terbuka Korea dan Siri Super Terbuka Malaysia telah meningkatkan keyakinannya, apatah lagi dia bakal berdepan satu lagi ujian getir, mempertahankan kejuaraan All England buat kali ketiga berturut-turut, Mac ini.

Namun pemain No. 1 dunia itu mengakui musuh-musuhnya dari China, Lin Dan dan Chen Long tetap menjadi pencabar paling sukar, meskipun dia baru mengalahkan kedua-dua pemain No. 2 dan No. 3 dunia itu di Korea dan Kuala Lumpur, minggu lalu.

“Pemain China mungkin mampu tampil dengan lebih kuat selepas kekalahan mereka sebab itu sifat mereka selama ini. Jadi, saya kena sentiasa bersedia dan berjaga-jaga dengan kebangkitan mereka. Malah, Peter Hoeg Gade juga mampu menjadi lawan yang lebih bahaya di All England nanti,’’ kata Chong Wei lagi.

Pasukan negara akan memulakan latihan pusat Piala Thomas di Stadium Juara, Bukit Kiara dari 30 Januari hingga 4 Februari, sebelum mengadakan latihan fasa kedua di Kota Kinabalu dari 6-10 Februari. Mereka akan berlepas ke Macau 11 Februari.

Sumber (Kopi Pasta): Utusan Malaysia
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...