Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Monday, January 9, 2012

UPSI Gantung Adam Adli 3 Semester



SHAH ALAM - Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim digantung tiga semester oleh pusat pengajian tinggi itu selepas didapati bersalah menurunkan bendera tertera wajah Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno bulan lalu.

Keputusan itu berkuat kuasa mulai hari ini.

Adam Adli ketika dihubungi Sinar Harian Online memberitahu, beliau dimaklumkan keputusan itu pada sesi pendengaran kes ke atasnya petang ini.

"Pada hari pertama perbicaraan hari ini, saya dimaklumkan saya digantung tiga semester," kata beliau sambil menambah, "keputusan diumumkan sekitar 4.30 petang."

Adam Adli mendakwa perbicaraan dikendalikan tanpa memberi peluang kepadanya diwakil peguam dan panel yang mendengar kes seolah-olah menunjukkan sikap pro kepada sebelah pihak.

"Perbicaraan yang berat sebelah tanpa ada hak bagi saya diwakil peguam," katanya lagi.

Adam Adli memberitahu beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya gembira kerana "mampu boleh membawa perubahan (dalam senario politik) di negara ini."

"Saya sebenarnya gembira dengan keputusan hari ini," kata beliau.

Adam Adli menambah, beliau akan mengadakan perbincangan dengan peguamnya malam ini berhubung tindakan susulan berkaitan hukuman yang dikenakan.

"Apa yang saya alami menunjukkan Auku ini memang satu undang-undang menganiya pelajar," kata Adam Adli yang pernah dipanggil Upsi untuk menghadap lembaga disiplin pada 2010. Pada ketika itu dia hanya diberi amaran.

Adam Adli berhadapan dengan tekanan ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera wajah Najib di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, 17 Oktober lalu. Beliau juga dijadual dipanggil menghadap panel disiplin ekoran penglibatannya dalam demonstrasi di hadapan Upsi awal pagi 1 Januari lalu.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...