Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Monday, January 9, 2012

PM Gesa Warga Industri Tumpu 3 Aspek (16 Gambar)



SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak semalam meminta pengurusan tertinggi industri menjaga kebajikan warga pekerja bagi melonjakkan produktiviti, sekali gus meningkatkan keuntungan syarikat sebelum ia dikembalikan kepada pekerja dalam bentuk bonus.

“Saya sebagai Perdana Menteri menyarankan supaya kebajikan pekerja dijaga. Pengurusan tertinggi (syarikat) yang ada di sini, tolong jaga kebajikan pekerja. Betul tak?” katanya di depan lebih 30,000 warga industri yang kemudian serentak menjawab ‘betul!’.

Perdana Menteri berkata demikian ketika meluangkan masa bersama warga industri Selangor di Pusat Kecemerlangan PROTON di sini, sempena program Nurani Rakyat anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor selama dua hari bermula kelmarin.

Warga industri turut melaungkan ‘setuju’ ketika Najib meminta persetujuan mereka bekerja bersungguh-sungguh dan komited dengan tugas untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

“Jika produktiviti PROTON naik, syarikat untung, bonus boleh bagi lagi. Dalam kerajaan, kita bagi bonus. Jangan bagi pengurusan tertinggi saja bonus sebab jika syarikat untung, kebajikan pekerja mesti dijaga. Ini falsafah kita,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri mantan Perdana Menteri yang juga pengasas PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengarah Jentera BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed; Pengerusi PROTON, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. 

Najib berkata, satu bentuk hubungan tiga penjuru perlu diberi perhatian ketika melakukan transformasi mencapai sasaran negara maju menjelang 2020, idea dicetuskan Dr Mahathir.

Katanya, tiga aspek itu ialah memilih pengurusan syarikat berwibawa, pekerja yang komited dan kerajaan yang mampu berjaya seperti BN.

“Kita perlu kerajaan yang sokong menyokong dan membantu industri berjaya. Jika kita ada kerajaan yang membuat dasar tak tepat, misalnya, orang suruh bantu PROTON, tapi dia bagi lesen kepada orang lain, PROTON akan lingkup,” katanya.

Perdana Menteri berkata, transformasi paling besar bukan saja fizikal seperti membina jalan, bangunan tinggi, tetapi transformasi minda, semangat dan jiwa untuk berjaya sebagai sebuah bangsa.

“Saya nak bagi kredit kepada Tun Mahathir yang memberi keyakinan kepada kita. Selama 18 tahun menjadi bos dalam Kabinet, saya berasakan dia memberi keyakinan supaya kita jangan mengaku kalah atau tunduk kepada orang lain.

“Tidak ada kejayaan yang mustahil, tidak ada halangan tidak boleh diatasi. Kini kita bangga, boleh membangunkan negara, kita nak jadi juara di peringkat serantau dan seantero dunia,” katanya.

Terdahulu, Najib berkata, beliau melihat kehadiran warga industri dalam majlis itu menunjukkan pengharapan rakyat kepada kerajaan pimpinannya.

“Kita jangka 10,000, tetapi melimpah lebih 30,000 orang. Saya berasa amat teruja, begitu bersemangat melihat sambutan ini, tetapi lebih mengingatkan saya bahawa kita ada tanggungjawab besar untuk membela warga industri,” katanya.

Sumber (Kopi pasta): Berita Harian

BBB: Berikut adalah koleksi gambar-gambar di majlis tersebut. Click pada gambar untuk size sebenar.
















Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...