Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Monday, January 9, 2012

Hot! Anwar Bebas, Tidak Bersalah!



KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Keputusan itu disambut dengan sorakan oleh lebih 6,000 penyokongnya yang membanjiri parkir Kompleks Mahkamah Jalan  Duta di sini.

Keputusan diumumkan sekitar 9.21 pagi.

Terdahulu dengan memakai baju biru dan seluar hitam, Anwar memasuki bilik perbicaraan mahkamah yang penuh sesak diiringi isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak kira-kira jam 8.50 pagi.

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ruang mahkamah dipenuhi anggota keluarga Anwar dan beberapa anggota Parlimen, dan para wartawan tempatan serta asing.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

2 comments:

Rina said...

Baguslah berita tak bias. Sebelum ni macam pro-kerajaan je blog ni.

One Sensei said...

@Rina

Haha. Terima kasih. Saya menyampaikan berita yang seimbang sebenarnya. Semua sudut saya sampaikan.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...