Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Friday, January 20, 2012

SPR Kemuka Senarai Kepada Mimos


KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam memaklumkan pihaknya sudah mengemukakan senarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) bagi tujuan pembersihan daftar pemilih.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, senarai itu dihantar akhir tahun lalu tetapi tidak menetapkan tempoh siap pembersihan itu.

Pembersihan senarai itu, katanya adalah antara 10 cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC)

“Kita tidak memberikan tempoh tertentu tetapi berharap senarai itu dapat dihantar sebelum laporan awal dihantar ke Parlimen,” katanya selepas menghadiri Majlis Taklimat kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Peringkat Negeri Pahang di Kuantan, semalam.

SPR turut bersetuju melaksanakan enam lagi cadangan termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal anggota polis dan tentera, tempoh pameran Rang Daftar pemilih selam 14 hari, dan pemansuhan proses pencalonan dan tempoh penarikan pencalonan.

Beliau berkata, tiga lagi cadangan PSC masih dalam kajian SPR ialah berkaitan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir luar negara.

Abdul Aziz turut memaklumkan mengenai kesilapan pengisian Borang A oleh Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) menyusahkan suruhanjaya itu.

Justeru, SPR terpaksa menamatkan pelantikan 198 PPP dan 90 lagi diberi amaran.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...