Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, January 20, 2012

1.2j Tonton Episod Akhir Karma


Lebih 1.2 juta penonton menjadi saksi kepada ketentuan Tuhan terhadap sikap kejam Puan Sri Waheeda terhadap madunya, Karmila menerusi dua episod kemuncak drama Karma yang disiarkan pada 9 dan 10 Januari lalu. Drama bersiri slot Ratu ini berakhir dengan hukum karma mengambil tempatnya - baik dibalas baik, jahat dibalas jahat.

Penghayatan watak dan permainan emosi watak utama lakonan Ziela Jalil dan Fouziah Ghous menjadi topik perbualan ramai sejak mula disiarkan pada 28 November 2011 di TV9. Laman sosial seperti Facebook dan Twitter turut menjadi platform luahan hati penonton yang tidak berpuas hati terhadap karakter antagonis Puan Sri Waheeda dan anaknya, Wafida yang turut bersimpati pengorbanan dan penderitaan Karmila.

Drama 14 episod ini membariskan nama-nama besar dalam arena hiburan tanah air, jalan cerita diwarnai konflik dan plot yang tidak dapat diduga. Kualiti produksi yang bermutu tinggi hasil pengarah dan juga penerbit iaitu Erma Fatima antara sebab kejayaan Karma.

Karma menyaksikan derita Karmila, isteri kedua kepada Tan Sri Fahrul Sani (Dato’ Ahmad Tarmimi) yang dibenci madunya, Puan Sri Waheeda dan anak perempuannya, Wafida (Sharifah Aleya). Hidup Karmila lebih menderita setelah suaminya meninggal dunia dan anak tirinya, Qayyum (Aaron Aziz) jatuh cinta kepadanya.

Dalam episod terakhir, Qayyum meninggalkan rumahnya kerana malu dengan sikap ibu dan adiknya, Wafida (Sharifah Aleya) yang hilang kewarasan sebagai umat Islam. Karma berakhir dengan Puan Sri Waheeda mengerjakan solat Taubat di Kota Mekah dan memohon maaf kepada Karmila.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...