Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Wednesday, January 11, 2012

Taman Tema Legoland Malaysia Yang Pertama (4 Gambar)


Legoland Malaysia yang akan siap sepenuhnya menjelang Disember 2012 di Nusajaya, Johor ini bakal mencipta satu lagi fenomena baru di dalam industri pelancongan negara. Taman tema yang dibina di atas tanah seluas 76 ekar ini bakal menempatkan taman-taman mini, muzium mainan Lego, taman permainan dan taman air, dijangka bakal menarik lebih ramai pelancong asing untuk datang ke Malaysia.

Ia terbahagi kepada tujuh bahagian utama. Setiap bahagian bakal menempatkan taman permainan yang dibina mengikut kesesuaian umur pengunjung dan aktiviti-aktiviti menarik bakal dirancang bagi memenuhi setiap ruang bahagian tersebut. Turut dijanjikan oleh pihak Legoland Malaysia adalah persembahan-persembahan hangat dari artis-artis dalam dan luar negara bagi memenuhi kalendar aktiviti taman tema berkenaan.

Ketika ini, taman tema berkenaan masih lagi dalam pembinaan dan ianya bakal menjana peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar apabila ia telah siap sepenuhnya kelak. Pihak Legoland Malaysia juga sedang bertungkus lumus menyiapkan model-model pameran yang diasaskan daripada cebisan-cebisan Lego untuk dipamerkan di taman-taman mini dan muzium mainan Lego itu nanti.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil ketika pihak Legoland Malaysia sedang dalam proses untuk menyediakan model-model menarik buat pengunjung Taman Tema Legoland kelak.


Sumber: All Malaysia

Dua orang pereka bentuk sedang membina model-model daripada cebisan Lego.

Replika kediaman rasmi Menteri Besar pertama Johor, Datuk Jaafar Mohammad yang diperbuat daripada cebisan Lego.

Replika bangunan Sultan Ibrahim.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...