Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Sunday, January 8, 2012

FB - Remaja Mudah Terdedah Aktiviti Murtad? (Utusan Malaysia)



SEREMBAN - Kajian yang dilakukan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) mendapati golongan remaja wanita beragama Islam berusia 20-an yang melayari laman sosial Facebook antara mereka terdedah dengan aktiviti murtad.

Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, trend terbaru itu cukup membimbangkan memandangkan mereka seringkali menggunakan laman sosial berkenaan untuk berkenalan dengan rakan-rakan lain.

''Bermula dengan perkenalan selepas itu mahu berjumpa dan kemudiannya jatuh cinta. Ketika bercinta apa sahaja mereka sanggup lakukan termasuklah keluar daripada agama Islam. Melalui kajian yang kita lakukan ini kebanyakan yang terlibat adalah golongan remaja wanita.

''Malah berdasarkan maklumat daripada mereka yang terlibat, mereka sudah dibaptis dan mengikut upacara keagamaan.

''Bagaimanapun mereka berjaya kita selamatkan melalui beberapa bantuan yang diberikan oleh badan bukan kerajaan. Kesemua bukti ini kita perolehi daripada mereka yang terlibat dan bukannya daripada apa yang kita perkatakan'' jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Tertutup Paroi dekat sini hari ini.

Antara tetamu lain yang akan menyampaikan ucapan pada perhimpunan tersebut ialah Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali akan menyampaikan ucapan perdana pada program berkenaan.

Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Himpun, Mohd. Azmi Abd. Hamid; Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman dan bekas Mufti Kerajaan negeri Datuk Mohd. Murtadza Ahmad.

Pada sidang akhbar itu juga Mohd. Azmi memberitahu, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati golongan mualaf turut terdedah dengan ancaman murtad.

''Apa yang kita dimaklumkan golongan saudara baru (mualaf) juga terlibat dalam kes murtad. Setakat ini kita belum mengemaskini data berkenaan dan kita akan dedahkan kemudian, tetapi perkara itu memang wujud," katanya.

Pada masa yang sama, Mohd. Azmi turut menegaskan Himpun akan terus komited bagi membangkitkan kesedaran kepada umat Islam mengenai gejala murtad.

Dalam pada itu beliau berkata, siri Jelajah Himpun akan diteruskan ke Pulau Pinang pada 28 Januari ini.

Sumber (Kopi Pasta): Utusan Malaysia
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...