Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Tuesday, January 24, 2012

Dihurung Lalat Siang Malam


MACHAP - Penduduk di Machap dan Simpang Renggam dekat sini menghadapi masalah lalat yang serius akibat daripada projek ternakan ayam daging serta kebun sayur yang dijalankan berhampiran kawasan penempatan mereka.



Mereka mendakwa serangan lalat berlaku siang dan malam dalam jumlah yang terlalu banyak di dalam dan luar rumah.

Antara kampung yang sering mengalami masalah lalat itu ialah Ampung Batu 6, Kampung Sungai Rambai, Kampung Seri Ampangan dan Kampung Pisang.

Ahli Jawatankuasa Kam­pung Seri Ampangan, Abdul Aziz Autong Ramli, 57, berkata, gangguan lalat itu sudah lama berlaku.

Menurutnya, setiap tiga bulan reban ayam tersebut akan dikosongkan dan keadaan itu menyebabkan lalat lebih cepat membiak.

“Kalau reban dikosongkan, pihak kilang ayam itu akan sembur ubat untuk mengawal penyakit ayam. Ketika itu, lalat-lalat yang ada di reban itu akan lari ke kawasan berdekatan dan rumah penduduk yang berhampiran akan menjadi mangsa.

“Lalat juga boleh membiak dengan cepat apabila pekebun membaja tanaman sayur mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Aziz berkata, setiap kali hendak mengadakan kenduri atau sebarang majlis di sini, penduduk terpaksa berhadapan dengan gangguan lalat sehingga menyukarkan mereka untuk menghidangkan makanan.

“Kalau hidang makanan, tak sampai lima minit mesti makanan sudah penuh dihurung lalat.

“Elak lalat masuk ke dalam rumah, saya pasang jaring halus di tingkap. Jika tak pasang, kami sukar untuk hidangkan makanan, malah rasa malu apabila tetamu datang ke rumah lihat lalat yang terlalu banyak,” katanya.

Sementara itu, wakil penduduk Kampung Batu 6, Razali Mohd Dega, 55, berkata, jika menghidang makanan, penduduk terpaksa menggunakan kain untuk menutup tudung salji kerana jika tidak ia akan dimasuki lalat.

Katanya, setiap hari dia terpaksa membelanjakan lebih RM10 semata-mata untuk membeli getah lalat bagi memerangkap lalat.

“Keadaan ini sudah pasti akan berterusan jika tiada tindakan diambil oleh pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu, kami harapkan tindakan segera pihak terbabit bagi menangani masalah yang dihadapi ini.

“Sesungguhnya penduduk di sini sudah cukup menderita dengan masalah lalat yang dihadapi. Ianya bagaikan tiada berpenghujung kerana walaupun aduan demi aduan dibuat, namun tiada pihak yang datang ambil tindakan,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...