Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 26, 2012

60.7% Calon Lulus STAM 2011


Seramai 3,996 atau 60.7 peratus calon Sijil Tinggi Agama Malaysia, STAM 2011 berjaya memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul iaitu lulus dalam kesemua 10 mata pelajaran.



Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na'imah Ishak berkata daripada jumlah itu, 326 calon memperoleh pangkat Mumtaz (Cemerlang), 529 mendapat Jayyid Jiddan (Sangat Baik), 1,602 Jayyid (Baik) dan selebihnya Maqbul.

Seramai 6,584 calon menduduki peperiksaan itu pada tahun lepas di 108 pusat peperiksaan berbanding 6,537 orang pada tahun sebelumnya, katanya ketika mengumumkan keputusan STAM 2011 di Kementerian Pelajaran, hari ini.

Daripada segi nilai Gred Purata Nasional, Na'imah berkata pencapaian keseluruhan calon menunjukkan peningkatan daripada 3.23 pada tahun 2010 kepada 3.19 pada 2011.

STAM yang mula dilaksanakan sejak 2000, melayakkan pelajar yang memperoleh sijil itu untuk memohon mengikuti program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar Mesir dan universiti tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Sumber (Kopi Pasta): TV3
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...