Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 12, 2012

Anuar Zain Masuk Court



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Februari ini untuk memutuskan jumlah royalti album yang perlu dibayar sebuah syarikat rakaman kepada penyanyi Anuar Zain, yang memenangi kes saman terhadap syarikat itu. 


Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurul Nadzia Abdul Aziz menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas berbincang dengan peguam Anuar, Aizul Rohan Anuar, dan Max Yong yang mewakili Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd.

Di luar mahkamah, Aizul Rohan memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak mengenai nilai royalti yang perlu dibayar kepada Anuar.

Anuar, yang turut hadir di mahkamah, berkata beliau menunggu beberapa tahun untuk mengetahui jumlah royalti itu dan tiada masalah baginya untuk menunggu seminggu atau sebulan bagi mendengar keputusan berkenaan. 

Pada 14 Mei 2010, Anuar berjaya memenangi kes saman tuntutan balas terhadap Syncrosound Records. 

Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan syarikat rakaman itu membayar royalti kepada Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 42, hasil jualan dua albumnya. 

Syarikat rakaman itu memfailkan satu saman terhadap penyanyi itu pada 21 April 2006, atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat itu. Kes itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007. 

Susulan itu, Anuar pada 20 Jun 2006 memfailkan satu saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian. - BERNAMA 

Sumber (Kopi pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...