Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Tuesday, January 10, 2012

Beli Telefon Bimbit, Dapat Ibu Lesung



JOHOR BAHRU – Seorang pekerja swasta kecewa apabila tiga unit telefon bimbit bernilai RM3,250 di Internet namun yang diterima hanyalah sebiji ibu lesung, sehari selepas menjelaskan bayaran. 

Mangsa, Mohd Haiz­rul Hisham Muhammad Hashim, 30, berkata, dia membuat pembelian selepas melayari sebuah laman web selain tertarik dengan tawaran telefon bimbit jenis Samsung Galaxy S berharga RM1,100 berbanding harga pasaran semasa, RM1,900.

“Saya beli tiga telefon bimbit pada 6 Disember lalu dan buat bayaran ke akaun milik seorang lelaki.

“Tetapi sehari selepas itu, saya terkejut apabila barang dalam bungkusan yang dihantar sebenarnya adalah ibu lesung,” katanya ketika perbicaraan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, semalam. 

Mohd Faizrul berkata, dia tidak berpuas hati selepas cuba menghubungi pemilik nombor telefon itu tetapi enggan dijawab dan mendapati syarikat itu tidak wujud.

Presiden TTPM, Quaik Ching Yu dalam penghakimannya menegaskan pihak menuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak selepas dapati ada masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan. 

“Penuntut perlu pilih satu pihak untuk fail tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat, manakala duit dimasukkan ke akaun peribadi individu, mereka akan saling menolak,” katanya.

Mohd Haizrul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat itu dan meneruskan tuntutan terhadap pemilik akaun yang terima pembayaran.

Ching Yu mengarahkan lelaki yang terima bayaran itu memulangkan semula RM3,250 kepada Mohd Haizrul.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...