Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, December 25, 2011

2214 Tempat Disediakan Di SBP (Sinar Harian)


PUTRAJAYA — Sebanyak 2,214 tempat daripada 7,400 tempat yang ditawarkan bagi kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), disediakan bagi pelajar daripada keluarga miskin dan luar bandar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, daripada jumlah itu (2,214 tempat), 360 orang daripadanya adalah pelajar yang mendapat 3A 2B manakala 660 orang yang mendapat 4A 1B.

"Jika kita lihat, keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, sebanyak 34,000 pelajar mendapat 8A sedangkan tempat yang ditawarkan untuk kemasukan ke tingkatan empat di SBP ialah 5,500 tempat sahaja.

"Bagi pelajar lepasan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), kita menyediakan 7,400 tempat bagi kemasukan ke tingkatan satu di SBP dan yang mendapat 5A ialah 46,000 orang. Jadi, memang ada persaingan.

"Oleh kerana kita ada projek untuk membantu pelajar miskin, seperti yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, kita menyediakan 2,214 tempat untuk pelajar miskin. Kita memberikan peluang ini kerana mengambil kira cabaran mereka dari segi tekanan hidup, kekurangan dari segi kemudahan pembelajaran dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 57 pelajar daripada dua rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang, di sini hari ini.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

2 comments:

Whoda said...

Bosanlew takdew originality langsung lew bro. Letakla komen, kritikan peribadi kew barulew menarik nak bacerr.. Ni just ambik copypaste dari berita online.. berita pun orang semua dah tau. kenew ingat dlm brita tak smua btul dowh.

One Sensei said...

Tak pe. Saya tak mencari originality. Saya cuma nak menyampaikan berita melalui medium yang berbeza. Ape pun, terima kasih atas komen yang membina tu. :)

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...