Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 5, 2012

Suasana Aman 'Liabiliti' Bagi PKR - Muhyiddin (Agenda Daily)



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meneruskan demonstrasi "Kempen Bebaskan Anwar 901" di ibu negara pada 9 Jan dibuat kerana bagi parti itu suasana aman adalah satu "liabiliti" kepada mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi PKR, suasana porak peranda dengan membangkitkan perasaan marah dan benci menerusi provokasi terhadap orang ramai, adalah keadaan yang membolehkan agenda peribadi individu tertentu terlaksana walaupun ini ditentang pelbagai pihak.

"Kita tahu ini agenda peribadi, saya tidak mahu cakap lebih daripada itu. Yang penting banyak pihak sudah menyatakan bantahan kerana tidak mahu hal sebegini timbul dan mahu supaya negara kekal dalam keadaan yang stabil.

"Tapi suasana aman dan tenteram itu satu liabiliti bagi dia. Dia nak porak peranda, ada huru-hara dengan cara membangkitkan semangat marah, benci dan provoke orang ramai supaya sama-sama terlibat dalam kegiatan seperti itu," katanya mengulas hasrat PKR meneruskan demonstrasi walaupun dikecam pelbagai pihak.

Bernama melaporkan, demonstrasi itu dibuat sempena penghakiman terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin depan yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Pantai di Kuala Lumpur ,Rabu, Muhyiddin berkata laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak berhubung demonstrasi itu bukan satu perkara remeh, sebaliknya perlu diberi perhatian serius.

Beliau berkata pimpinan PKR perlu lebih bertanggungjawab dan menunjukkan contoh terbaik dengan menghormati proses undang-undang, bukannya mengajak rakyat menentang pihak berkuasa yang menjalankan undang-undang.

"Ini tertib amalan yang harus dilakukan, jangan kita bersikap sombong, angkuh macam nak menentang pihak berkuasa, tidak menghormati undang-undang walaupun dalam peringkat yang lain mereka melaungkan soal ketelusan undang-undang, integriti, cara berbuat sesuatu yang boleh membangunkan negara, tetapi dalam hal lain janganlah lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan," katanya.

Muhyiddin berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR sudah membuat andaian awal keputusan seolah-olah sudah tahu apakah hukuman yang akan dibuat oleh mahkamah.

"Ini satu sangkaan buruk yang bagi kita sebagai orang Islam merupakan sesuatu yang kita tidak harus lakukan," katanya.

Sehingga semalam 339 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung demonstrasi itu di mana Selangor mendahului dengan 102 laporan.

Mengulas laporan sebuah terbitan semalam berhubung isu korupsi pihak berkuasa di sempadan hingga mengakibatkan banyak penyeludupan berlaku, Muhyiddin berkata ia satu pendedahan berat dan pihak berkuasa yang terlibat perlu mengambil tindakan.

Katanya pendedahan itu harus memberikan peringatan supaya langkah-langkah yang tegas dapat diambil.

"Saya tidak fikir hal sebegini dikatakan sukar hingga tidak boleh dibuat apa-apa. Mesti ada cara untuk mengatasinya dan kita serah kepada pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menangani masalah ini," katanya.

Muhyiddin berkata walaupun sukar, beliau berharap kerjasama antara Pasukan Gerak Am (PGA), Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dapat mengatasi keadaan itu bagi membuktikan komitmen kerajaan meletakkan negara pada kedudukan tertinggi daripada segi integriti.

Sumber (Kopi Pasta): Agenda Daily
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...