Beijing – Pada 25 Disember lalu, pengguna internet di China bersedih dengan tragedi yang menimpa seorang wanita, Xiao Yanqin, yang membunuh diri selepas mendapat tahu suaminya mempunyai perempuan simpanan.
Nota bunuh dirinya itu dimuat naik dalam internet oleh adiknya dengan memaklumkan bahawa Xiao meninggal dunia dengan menggantung diri pada hari ulang tahun perkahwinannya.
Menurut nota berkenaan, Xaio menyifatkan hidupnya musnah selepas mendapat tahu suaminya jatuh cinta dengan wanita lain selepas beberapa bula mereka berkahwin.
Situasi berkenaan mendapat simpati jutaan penduduk di China yang turut mengecam suaminya dan wanita simpanannya itu.
Selepas mendapat tekanan banyak pihak, suami wanita itu, Jiang Hong telah menyiarkan kenyataan mohon maaf dalam blog di atas perbuatannya sehingga menyebabkan kematian isterinya.
Bagaimanapun Jiang menyifatkan kematian isterinya itu telah menyebabkan kemusnahan yang teruk dalam kehidupannya, keluarga dan wanita yang didakwa sebagai perempuan simpanannya, Yu Jia.
“Yang mati tetap mati namun mereka yang masih hidup telah kehilangan pekerjaan akibat perkara ini,” tulisnya.
Namun pada malam Isnin lalu, penduduk di China dikejutkan dengan kemunculan wanita berkenaan di dalam satu program di televisyen yang memohon maaf kerana mempalsukan kematiannya.
“Saya membiarkan saudara mara saya memaklumkan kepada semua orang bahawa saya telah meninggal dunia dan saya juga merancang untuk tidak muncul lagi. Saya sangkakan semuanya sudah berakhir namun saya sedar perkara ini belum berakhir dan ia adalah perbuatan gila,” katanya.
Mengulas mengenai pendedahan berkenaan, Jiang berkata, selepas mereka bercerai, Xaio telah mengupah individu untuk membalas dendam terhadapnya dan dia mendapat simpati masyarakat dalam laman web.
Lelaki berkenaan juga kehilangan pekerjaan selepas pengguna internet berjaya mengesannya malah maklumat peribadinya termasuk gambar, nombor telefon, alamat rumah dan pekerjaan telah dibocorkan di internet.
Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment