Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 5, 2012

Chong Wei Meyakinkan (myMetro)



“Datuk Lee Chong Wei beraksi seperti biasa tapi tetap perlu memberi perhatian serius kepada setiap lawan dihadapi,” kata jurulatih Tey Seu Bock mengulas prestasi anak didiknya di kejohanan Siri Super Terbuka Korea yang menjadi kejohanan badminton pertama membuka tirai 2012.

Pada aksi pusingan pertama semalam, Chong Wei mengatasi Hsueh Hsuan Yi 21-11, 21-16 dalam masa 34 minit.

“Aksi Chong Wei amat meyakinkan tapi 2012 adalah detik genting. Chong Wei perlu menghormati setiap lawan dan tidak boleh memandang ringan setiap cabaran kerana dia tidak boleh menonjolkan kelemahan yang mungkin digunakan musuh lain.” Pada pusingan kedua hari ini Chong Wei akan menentang pemain Korea, Shon Wan Ho yang masih tidak berpeluh kerana memperoleh kemenangan percuma ke atas pemain India, Ajay Jayaram.

Turut menyertai Chong Wei, satu lagi sandaran Olimpik iaitu gandingan beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Kien Keat-Boon Heong yang menewaskan gandingan Belanda, Ruud Bosch-Koen Ridder 21-15, 21-10 tetap perlu berhati-hati menentang gandingan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu di pusingan kedua, hari ini.

Pasangan veteran wanita Chin Eei Hui-Wong Pei Tty pula nampaknya berazam tinggi untuk memburu tempat ke Olimpik London apabila menjinakkan pilihan keenam dari Taiwan, Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin yang mempunyai kelebihan rekod pertemuan 7-4.

Pemain negara itu menang 21-16, 21-13 untuk bertemu wakil Singapura Shinta Mulia Sari-Lei Yao, hari ini.

Satu lagi beregu muda wanita, Woon Khe Wei-Vivian Hoo gagal mengikut percaturan jurulatih hingga mengundang padah tersingkir di pusingan pertama, akur kepada gandingan India Jwala Gutta-Aswini Ponnappa 19-21, 18-21.

“Khe Wei-Vivian terlalu banyak fikirkan jalan untuk menyekat kekuatan lawan hingga lupa untuk mempamerkan permainan sebenar,” kata jurulatih beregu wanita Rexy Mainaky.

Selain Khe Wei-Vivian, pasangan beregu campuran harapan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut kecundang kepada gandingan India, Diju V-Jwala Gutta, 18-21, 18-21 dalam masa 27 minit.

Gandingan adik beradik Ng Hui Lin-Hui Ern yang dirancang untuk memperkuatkan skuad kelayakan Piala Uber juga kandas selepas tunduk kepada pilihan kelapan dari Indonesia, Meiliana Jauhari-Greysia Polii 16-21, 17-21.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...