Gelombang fenomena adaptasi novel ke drama dan filem, bukan lagi perkara baru dalam industri seni, malah ianya semakin berkembang dan terus menarik perhatian ramai peminat terutamanya pencinta novel tempatan.
Lihat sajalah filem Ombak Rindu adaptasi daripada novel Alaf 21, yang berjaya mencetuskan fenomena luar biasa industri perfileman tanah air. Tidak kurang hebatnya kejayaan drama bersiri Trilogi Cinta adaptasi dari tiga novel, Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, karya Sharifah Abu Salem dan Nora Elena (Kasih Yang Suci, karya Meen Zulaikha, dengan rating penonton yang tinggi.
Tidak terhenti di situ, sebuah lagi karya terbitan Alaf 21, Grup Buku Karangkraf, Bicara Hati hasil tulisan Damya Hanna, diadaptasi ke kaca televisyen.
Mendapat sentuhan pengarah Ombak Rindu, Osman Ali, drama bersiri 26 episod ini mula bersiaran 3 Januari, setiap Selasa, jam 9 malam, di saluran Astro Prima.
Menariknya, drama terbitan Tarantella Pictures ini mendapat sentuhan daripada penulis skrip dari seberang, Jujur Prananto, yang pernah menghasilkan skrip untuk filem, Ada Apa Dengan Cinta, lakonan hebat Dian Sastrowordoyo dan Nicholas Saputra, tidak lama dulu.
Elemen cinta dan pengorbanan menjadi rencah utama Bicara Hati. Dibintangi pelakon utama, Sharnaaz Ahmad (Tengku Syahran) dan Suzanne Stokstill, (Zahlia), Bicara Hati mengisahkan cinta yang terbina daripada wang ringgit dan kuasa. Kisahnya bermula ketika terjadinya kemalangan kecil tidak disengajakan antara Tengku Syahran dan Zahlia. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya memperisterikan Zahlia.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu, namun pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur. Namun setelah berkahwin, Tengku Syahran berubah menjadi ego.
Apakah perkahwinan mereka tidak akan mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduan?
Melihat naratif cerita Bicara Hati, pastinya mampu meruntun jiwa penonton. Zass turut mendapatkan penulis asalnya, Damya Hanna serta orang kuat di sebalik pembikinan Bicara Hati bagi berkongsi kisah adaptasi novel hebat ini.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment