KUCHING – Beberapa jalan utama sekitar Bandaraya Kuching, pagi ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini, sekali gus menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, jalan yang terjejas ialah Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan Matang, Jalan Tabuan dan Jalan Sultan Tengah.
“Kita juga telah menerima beberapa laporan banjir di kawasan kediaman Desa Wira dan Stapok awal pagi ini dan difahamkan beberapa penduduk telah dipindahkan dari kediaman masing-masing untuk sementara waktu,” katanya.
Katanya setakat ini belum ada laporan diterima berhubung sekolah yang ditutup dan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa.
Menurutnya banjir yang melanda Bandaraya Kuching pagi ini dijangka hanya berlaku sementara kerana ketika ini paras air Sungai Sarawak masih lagi pada paras rendah. – BERNAMA
Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment