Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 5, 2012

Dekor Bijak (Berita Harian)

Kelebihan ruang dimanfaat untuk capai kediaman selesa, pilih perabot kayu tahan lama



HALAMAN sisi kediaman ini cukup luas hingga membolehkan penambahan dapur basah, ruang makan malah bilik anak-anak dibesarkan menjadi selesa. Bagi pemilik rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Noor, halaman lapang menjadi kriteria utama ketika membeli rumah. Ini kerana beliau terpaksa memikirkan keselesaan keluarga lebih-lebih lagi, anak-anak meningkat remaja.

“Selama 13 tahun menetap di kediaman teres dua tingkat di Pandan Indah, saya mula menyedari anak-anak perlukan ruang untuk mereka bergerak selesa dan melakukan aktiviti.

“Lalu, saya dan suami berpakat mencari rumah baru yang menawarkan tapak tanah luas untuk dibuat pengubahsuaian dan membesarkan bilik. Itupun, buat masa ini, abang berkongsi bilik dengan adik tetapi kakak sulung gembira kerana mendapat bilik yang privasi untuknya,” kata ibu kepada empat cahaya mata berusia dari 16 tahun hingga si bongsu, bayi tiga bulan. 

Kak Noor yang juga suri rumah sepenuh masa berkata, melalui projek pengubahsuaian yang dirancang sejak melangkah ke rumah itu tiga tahun lalu, beliau dan suami dapat menerapkan gaya rumah kampung pada binaan balkoni. 

“Saya dan suami sangat berjiwa kemelayuan. Maka semua yang berunsurkan kayu terutama hiasan ukiran mudah menarik perhatian. Tidak upaya menampilkannya di keseluruhan kediaman, kami sepakat membina balkoni kayu bermula dari kemasan dinding, alang, birai atap bahkan buaian tempat bersantai juga dipastikan diperbuat daripada kayu,” katanya yang memanfaatkan kekuatan kayu cengal sebagai tunjang binaan balkoninya. 

Penguasaan kayu diteruskan kepada perabot melalui pilihan majoriti spesis mahogani dan jati. Menyifatkan kayu jenis itu tahan lama serta semakin cantik seiring usia, Kak Noor sebolehnya mahu mengekalkan perabot itu hingga puluhan tahun mendatang. 

“Sebab itu, sebelum membeli perabot, Kak Noor mencongak-congak dulu dalam hati, sampai bila perabot ini mampu bertahan. Paling penting, rekaannya kekal diminati biarpun sudah puluhan tahun menghiasi kediaman,” katanya yang mengaku memiliki cita rasa perabot ringkas namun menarik. 

Mendakwa enggan mengambil risiko mencuba penataan baru, gaya suai padan yang dipilihnya ini, kata Noor, adalah gambaran cita rasa mereka sekeluarga. 

“Gandingan panel hiasan berukir dengan kertas dinding mengungkap karektor tersendiri sekali gus menjadi daya tarikan kediaman kami. 

“Saya akui cukup teruja dengan estetika ukiran sehingga sanggup mencarinya hingga ke Bali dan kerap berkunjung ke pameran anjuran Kraftangan Malaysia bagi mendapatkan perkembangan terkini dunia ukiran kayu. Mana yang memikat hati dan sesuai konsep rumah, pasti ditempah sebagai pelengkap hiasan,” ujarnya. 

Bagusnya, walaupun mempunyai anak kecil, namun segenap dinding berhiaskan kertas dinding selamat dari contengan. Kata kak Noor, itu hasil didikannya yang meletakkan disiplin di kedudukan teratas dalam membesarkan anak. 

“Anak-anak turut dibabitkan dalam proses mencantikkan rumah. Selain kertas dinding, aksesori kaca dan seramik yang kebanyakannya dipamer atas kabinet hias belum pernah dipecahkan mereka,” katanya. 

Menyentuh aksesori hiasan, Kak Noor akui pernah susah hati menyediakan tempat untuknya. Namun, selepas berfikir lama, beliau mengambil keputusan mengorbankan stor bawah tangga untuk digantikan dengan kabinet kaca berpintu.

“Itu pun, pada mulanya, saya bercadang menukar kepada pintu yang lebih cantik sebelum muncul ilham menyelitkan kabinet siap dipasang di situ. Lagipun, suami berpendapat, menempatkan stor di situ sudah biasa dibuat orang selain menganggap ruang penyimpanan ditawarkan sempit serta tidak memenuhi keperluan. 

“Jadi, daripada dibiarkan kosong yang akhirnya menyebabkan pembaziran ruang, lebih baik diisi dengan sesuatu untuk santapan mata,” katanya yang juga penggemar warna redup serta semula jadi seperti coklat, krim dan putih ini. 

Justeru, tidak hairan, tiada satu pun warna mencolok mata di kediamannya biarpun disisipkan menerusi hiasan sampingan seperti permaidani, kusyen hiasan, upholsteri dan sebagainya. 

“Saya gemar dengan warna sedap mata memandang, begitu juga suami. Bagi saya, selain menepati selera, ia juga senjata utama untuk mendapatkan ruang lapang lagi berudara. 

“Saya fikir, satu-satunya ruang yang berani bermain dengan warna adalah sudut menonton yang menampilkan lukisan abstrak manakala ruang selebihnya, selesa menampilkan warna-warna bumi,” katanya seraya mengaku mengalami kesukaran memadankan perabot dengan ruang serta warna kemasan sewaktu awal perpindahan dulu. 

Ini disebabkan faktor kediaman luas sekali ganda berbanding rumah lama. Memandangkan kebanyakan perabot dibawa dari rumah lama, cabaran besar perlu dihadapi pastinya mencarikan ruang yang sesuai dengan ukuran perabot berkenaan. 

“Saya perlu mengenalpasti ruang yang sepadan dengan perabot itu dan dalam proses mendapatkannya, atur letak baru perlu dirangka. Saya tidak mahu mengorbankan perabot semata-mata tidak menemukan tempat serta sudut strategik untuknya. 

“Namun, pada masa sama, saya mempunyai keinginan membeli perabot bagi menerbitkan suasana segar selain demi pembaharuan. Jadi, inilah hasilnya, kediaman yang sederhana namun amat bermakna serta selesa buat keluarga kami,” katanya yang tidak berhasrat langsung menukar konsep hiasan dalaman kerana sudah biasa dengan tata hias yang digayakan sekarang. 

“Saya serahkan kepada anak-anak untuk menentukan konsep penataan baru. Itupun, selepas rumah ini diwariskan kepada mereka kelak. Namun, buat masa sekarang, gaya (hiasan dalaman) ini cukup membahagiakan saya,” akhirinya pada perbualan petang itu.

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...