GAMBAR dan rakaman video yang menunjukkan wanita-wanita Shanghai menanggalkan dan menukar pakaian mereka dalam kereta api menjadi topik hangat di China pada tahun lalu.
Pada 22 Ogos tahun lepas, seorang warga internet telah mencetuskan kekecohan selepas memuat naik gambar dan rakaman video seorang gadis dalam kereta api Shanghai Metro.
Rakaman video itu menunjukkan gadis berkenaan sedang menanggalkan kesemua pakaiannya kecuali pakaian dalam dan memakai pakaian lain dalam gerabak kereta api.
Warga internet mempercayai bahawa gadis tersebut mungkin lewat untuk kerja atau melakukannya untuk menarik publisiti kerana pakaian yang dipakai kelihatan seperti pakaian seragam untuk tujuan ‘cosplaying’ (pementasan busana).
Ada pihak yang mengatakan bahawa perbuatan sebegitu adalah tidak bermoral dan tidak enak dipandang manakala golongan lain tidak bersetuju dengan bantahan orang ramai.
Seorang pengguna intertet di China menulis, “Apa masalah besarnya? Pembangunan masyarakat sepatutnya bermakna lebih banyak kepelbagaian/kemajmukan. Jika kita terlalu berpegang kepada idea-idea tradisional, kita tidak akan dapat mengejar masa/fesyen. Adakah semua orang masih ingat tahun 80-an, di mana mengintai wanita di bilik air boleh mengakibatkan dihukum mati?
“Sekarang jika kita fikirkan tentang perkara itu, tidakkah ia begitu keterlaluan? - Fann Sim | What’s buzzing? (Yahoo! News Malaysia)
Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment