Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 5, 2012

Pelacur Dapat RM15,000 Dalam 2 Minggu! (MyNewsHub)



Hanya dalam tempoh dua minggu, seorang pelacur warga China yang ditangkap dalam serbuan di Pulau Pinang semalam dikesan sudah mengumpul ‘pendapatan’ sebanyak RM15,040 .

Satu catatan tulisan tangan yang ditemui polis dalam serbuan di sebuah apartment di Bukit Dumbar itu menunjukkan wanita berusia dalam lingkungan 20-an telah ‘melayan’ 88 orang pelanggan.

Dia yang masuk ke negara ini sebagai pelancong menerima bayaran RM150 hingga RM180 untuk khidmat seks yang diberikan kepada pelanggan.

Turut ditemui sejumlah alat perangsang seks di kediaman tersebut.

Dua lagi pelacur China ditahan dalam serbuan berikutnya di dua buah apartment berlainan.

Tetapi dalam pengalaman penulis mengikut serbuan yang dijalankan pihak berkuasa, selalunya bukan semua wang itu masuk ke dalam poket si pekerja seks itu.

Yang untung besar dah tentu bapa ayam, kekadang dalam RM180 tu, si pelacur mungkin dapat sekitar RM50 saja.

Malah dalam banyak kes, seringgit pun si pelacur tu tak dapat….yang pelacur tu dapat hanya sepak penerajang si bapa ayam!

Justeru penulis berharap lebih banyak serbuan dibuat terhadap kegiatan pelacuran sebegini.

Kita kena ingat, tidak ada manusia yang mahu dilahirkan sebagai pelacur.

Namun desakan hidup menyebabkan mereka ‘tenggelam punca’ hingga memilih jalan tersebut, malah ada yang terjebak disebabkan tertipu atau diperdaya sindiket pelacuran yang tidak bertanggungjawab ini – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...