KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan kereta di New Jersey, semalam.
Menurut laporan akhbar The Republic Newspaper, kemalangan tersebut berlaku di Interstate 78 pada pukul 4 petang waktu tempatan dan kesemua mangsa merupakan pelajar Universiti Ohio.
Sementara itu, seorang daripada empat yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan mereka berusia dalam lingkungan 19 hingga 21 tahun.
Warganegara empat pelajar yang cedera itu bagaimanapun tidak dinyatakan. – BERNAMA
Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment